Sunday, September 14, 2008

Catatan Seorang Aku Ten

Jumaat (12.09.08)
Pada hari ni, seperti biasa aku terpaksa memaksakan diri aku sendiri untuk bangun awal (lbh kurang pkl 7.00 pagi). Lagi pun hari ni kuliah aku start pkl 8.30 pagi. Sebenarnya aku lebih suka kuliah pada awal pagi. Nanti kalau balik dari kuliah taklah panas sangat badan kena tembak cahaya, walaupun terpaksa bangun awal dari hari biasa.

Pada hari ni juga aku takde sangat aktiviti yang hendak dibuat.Lepas abis kelas, aku terus je balik.Sebenarnya, pada sebelah petang, kelas IC ada lawatan ke Terengganu (Loji pemprosesan petroleum), tapi aku malas nak ikut. Ada alasan yang aku rasa kukuh jugak.Hehehe...

Dan hari Jumaat, berakhir dengan tanpa aktiviti yang menarik, kecuali study IA sebelah petang.Malam pulak, seperti biasa aku akan melayan game kat laptop.

Sabtu (13.09.08)
Sabtu sebelah pagi plak aku bangun lewat sikit, lebih kurang pukul 9.30 pagi. Saje je nak menikmati ketiduran yang nyenyak di hujung minggu, walaupun terpaksa terganggu dengan bunyi enjin kereta jiran yang menderum-derum di waktu pagi.

Pada sebelah pagi, kira-kira pukul 10.00 pagi, aku terus layan internet, lepas mandi.Lepas boring layan internet, aku terus je seperti kebiasaannya layan game baru kat laptop sambil layan carta lagu kat Sinar FM. Bukan ape, game yang lama dah abis level aku bantai.

Bila masuk je pkl 1.30 tgh, aku seperti kebiasaannya memenuhi peranan aku sebagai pelajar (study ler tu!). Saja nak prepare awal sebelum test 2 untuk IA.Target nak lulus (kira-kira 50 %).Lepas penat memasukkan ilmu IA ke dalam otak aku yang tak lah super sangat mengingat benda-benda complex ni, aku berhenti dan layan game sekejap. Lepas tu, aku tidur petang.Nak menghilangkan lelah otak.

Pada belah malam, lepas layan berita kat TV3, aku sambung balik study selama 2 jam.Habiskan tajuk yang akan diuji dalam test 2 nanti. Lepas tu aku layan game lagi. Saja nak release kebosanan dalam diri.

Bila jam dah berbunyi, menunjukkan jam 12.00 malam, aku aku secara automatiknya mula memperlahankan bukaannya (hehehe...paham ler tu).

Ahad (14.09.08)
Hari Ahad plak, aku bangun lebih kurang pkl 9.30 pagi. Malam tadi dah tidur pkl 1.00. Lepas mandi, aku layan radio, buka Hot FM, dengar carta Hot FM. Dengar celoteh gila-gila Farah dan Faizal, serta artis jemputan, Stacy. Ok jugak lawak yang diorang buat. Aku lebih tertarik dengan lagu hangit Aku Basi (asalnya Aku Stacy) nyanyian Faizal. Memang hangit giler tu!

Pada waktu petang sikit (kira-kira pkl 2.30 ptg), aku layan study untuk IA lagi. Habiskan sasaran study aku untuk topik IA untuk minggu ni. Lepas abis study, aku terus membaringkan diri. Jeng...jeng...jengggg! Tahu-tahu je lah kalau kepala dah atas bantal, mesti mata automatik nak tertutup. Aku pun heran jugak (saje-saje nak buat heran). Kadang-kadang sepantas kilat dia tertutup.

Bangun-bangun je dari tidur selama 1 jam setengah tu, hari dah hujan. Jadi aku sambung balik selama sejam lagi. Hehehe...Bukan apa, takde aktiviti yang best hari ni.

Pada belah petang, kira-kira pkl 7.15, aku dan 2 orang lagi geng serumah aku pergi ke pasar malam Puchong. Nak membeli dan membelah barang – barang kegunaan dapur. Selain tu, kami beli jugak kuih-kuih ramadhan. Pasar malam tu 2 dalam satu pada musim ramadhan ni. Balik rumah, kami malas nak masak, jadi layanlah kuih-kuih yang dibeli kat pasar malam tadi.Hehehe. Sedap jugak, selain mengenyangkan perut aku nih!


Belah malam pulak, aku layan sekejap citer Ta’in kat TV3. Lepas tu aku masuk bilik, layan internet. Sebenarnya aku nak tungu citer Supernatural kat TV3. Sementara tu aku lepak dulu sorang-sorang kat dalam bilik.

Rasanya sampai sini dulu Catatan Seorang Aku untuk Edisi Layan Tensen Sensorang. Ok, adious!

No comments: