Monday, September 1, 2008

Catatan Seorang Aku 2

Hmmmm… aku akhirnya berjaya juga menyiapkan assignment kimia industri yang nak dihantar esok. Selepas berhempas pulas sehari suntuk mencari bahan dan memerah otak untuk membuat assignment, akhirnya complete juga misi yang tak seberapa mustahil ni.hehe.

Lepas ni apa pulak assignment yang akan datang. Tajuk pun tak dapat lagi. Entah-entah tajuk yang heavy sikit untuk dibuat. Ape-ape jelah, asal dapat buat, markah baik ke tak baik kira belakang. Janji dapat buat dan hantar.Puas hati.

Hari ni adalah bosan dan tension sikit, ada gangguan yang tak sepatutnya meresap masuk pemikiran, masa tengah buat assignment pagi tadi. Anyway the life must goes on. Tak nak dah fikir benda-benda yang boleh mencelarukan otak. Lagipun sem. ni, sem. terakhir. Hmmmm.... relax je lah. Yang penting misi penting aku kat semester ini untuk menamatkan pengajian di UiTM akan terlaksana dengan jayanya.

By the way, academic project aku pun dah lama siap. Cuma tunggu nak print je.Dan dengan rasa terkejutnya juga aku baru je perasan, tesis yang aku baru habis taipkan mampu pulak mencapai lebih daripada 100 muka surat. Aku ingatkan tesis aku tu macam tesis kengkawan aku yang lain, lebih kurang 60 lebih je muka surat. Anyway, berjaya jugak aku menyiapkan tesis ini seratus peratus, walupun banyak juga godaan yang mengganggu aku dari menyiapkan tesis tersebut. Aku pun bukannya target tinggi sangat untuk akademik projek ni. Cukuplah kalau boleh dapat B. Tak dapat B, lulus pun jadilah. Lagipun bak kata lecturer, ini cuma syarat untuk mendapatkan degree je. Tapi kalau dapat lebih dari tu, best jugak.


Walaupun tesis aku ni takde beza sangat dengan tesis kawan aku (yang aku pinjam tu), but at least dia dah banyak bantu aku menyiapkan tesis ni.Daripada langsung aku tak nampak macam tesis, akhirnya hensem giler macam tesis master plak.( lebih-lebihlah pulak aku ni,kang kalau orang suruh buat satu lagi tesis, mampuih aku).Tahniah untuk aku sendiri kerana berjaya menyiapkan tesis yang tak seberapa sangatnya ni( eelehh.. merendah dirilah pulak aku ni konon).Dan satu lagi, tengah aku ucapkan tahniah untuk diri aku sendiri ni, ada juga suara kat telinga aku ni pun ucapkan tahniah kat aku.time kasih banyak-banyak. Bertambah super giler lah pulak semangat aku nak menghabiskan pengajian aku ni.hehehe.

Rasanya sampai kat sini dulu catatan seorang aku,aku ni.See me soon....!

Catatan seorang aku!

1 comment:

Rosnizar Zakaria said...

Wah, tahniah laa ye...smua keje dh beres.... Smoga dpt lbh baik ler dr akak thesis tu... x kan target B jer...hehe...