Wednesday, November 26, 2008

Catatan Seorang Aku di Sarawak

Wahhhh......! Hari ni akhirnya aku hantar jugak blog pertama aku semenjak balik semula ke kpg. Rasa lega sesangat, bila tiba jejak saja kaki kat atas muka bumi kenyalang, pada 23 hb elf hari tu!
Sampai je kat umah, aku terus je bedal apa saja yang ada atas meja, yang lama sangat dah aku idamkan masa kat tanah semenanjung dulu.


...umai...ulam...teliseh (tau ke kengkawan ape benda ni? Tak tau takpe.buat tau je) mee goreng ibu...semua aku bedal...termasuk nasi goreng ibu...hehehe...



Tapi problem jugak ada ....boring sesangat bila takde kerja nak buat.Asyik jalan2 je dalam umah.Jalan2...makan2..surf2 internet...jeling2 tv...Huhhhh boring giler.

Yang tak best lagi, result sekolah tempat posting pun tak tau lagi.Baru tadi tpn jpn sarawak.Bila aku tanya je nak tanya tentang posting, terus je diorang ckp belum buat lagi! So, kalau camtu, lama lagilah aku duduk2...berdiri2.. kat dalam umah ni...

Ada jugak tanya dengan kengkawan yang lain (pkpg uitm 2005 yang masih tertinggal hari tu), diorang ckp pun belum lagi.Tapi yang peliknya, geng2 math ada pulak setelnyer sekolah tempat posting.

Anyway, takpelah...bleh relax2 jugak kat umah, sementara menunggu surat posting sampai kat tangan aku.

At the sametime, hati aku berdebar2 jugak menunggu result sem extend aku ni.Harap2 kali ni aku akan lepas terus...malas dah nak berulang-alik mcm dulu.Sian kat orang kat umah.

Aku pun harap semua kengkawan aku yang lain( yang turut sama berjuang dalam semster tambahan) akan sama2 lulus.Walaupun sekadar lulus secukup rasa.Yang penting sekarang ialah aku dah tak sabar untuk merasa kembali suasana persekolahan macam dulu, walaupun tak sama tahap bebudak sekolah yang akan diajar. At least, aku akhirnya dapat lari dari huruf2 dan perkataan2 orang bermata biru, yang kadang2 aku sendiri pun payah sangat nak paham...

Alahai...Tengah boring2 camni..idea untuk memblog kadang2 timbul..kadang2 pulak tenggelam ...tensenyer!

Rasanya takat ni dulu blog pertama aku kat sarawak nih! Ok...Daaaa.

...adiousssssssss!

Friday, November 7, 2008

Catatan Seorang Aku Yang Dah nak Mula Confident Nih

Entahlah!
Hari ni aku rasa excited sangat nak meluahkan segala kegembiraan yang terbuku di hati aku hari ni!

First paper aku(Industrial Chemistry). macam tak percaya je berhadapan dengan soalan yang telah aku buat sebelum test( previous paper).Kali pertama aku buka kertas tu, macam tak percaya je tengok soalan tu! Yang mengejutkan lagi, Pn Norjanah mengeluarkan semula soalan Sem lepas (April 2008).Nasib baik aku ada buat.

Dan oleh kerana terlalu excited, ada juga fakta yang aku terlupa...geram betul! Anyway, dapat juga jawab 5 soalan pada tahap memuaskan hati aku. Lebih mengejutkan, aku cuma menggunakan kurang 2 jam je menjawab soalan2 tu! (Bukan riak, tapi terlalu terkejut sehingga keluar dari dewan ujian pun tangan aku masih menggeletar).

Aku harap, paper terakhir aku pada 15 hb ni, Instrumental Analysis, pun akan berjaya aku selesaikan dengan baik. Lepas test IC tadi pun aku terus jumpa Dr Halila, untuk minta tips jawab soalan. Dr Halila cakap pun, test 2 aku lebih baik dari Test Pertama.Aku harap Test 3 pun begitu. Aku mengharap sangat dengan Carry Mark sekarang.

Tapi untuk Final Paper, 15 hb ni, aku target dapat jawab 60 % soalan yang diberikan (Aku pun tak tau berapa Carry Mark aku,cuma aku lebel kan kat 20/50 je. Aku harap misi aku kali ini akan berjaya,kerana kali ini aku rasa lebih bersedia berbanding kali pertama ambik paper ni dulu(Dulu tak dapat ulangkaji,Sakit Imbalance kat kepala).

Seterusnya, untuk Apro (Academic Project), tugas aku makin mudah, sebab sedikit sahaja kena perbetulkan. Tak rugi rasanya keluar RM2++ upah budak TESL (Perempuan) perbetulkan grammar dan ayat2 aku tu (Apro aku lebih daripada 110 m/s..termasuk Appendix).Walau pun budak tu tengah sibuk juga untuk Final, tapi dia nak juga buat untuk aku. Aku doakan agar dia berjaya dalam Final nanti,Aku harap aku pun macam tu jugak!

Sebenarnya hari ni aku rehat dulu dari study untuk IA,untuk 15 hb ni.Bukan ape, aku nak recover dulu damage yang aku buat masa hafal IC.Aku nak susun semula fail dalam otak (Defragment neuron dalam otak lah nih!).Mula esok, aku nak nota IA je dalam otak aku,tak nak kacau dah dengan perkara2 lain yang mengarut.

Untuk semua kengkawan PKPG UiTM 2005-2008, aku takkan lupa kalian semua. Kerana banyak sangat kenangan yang kita semua lalui bersama..

...You All Are Always In My Heart...!
Untuk memudahkan connection kita semua...apa kata anda semua (yang sempat masuk blog aku ni), buat blog korang. Nanti senanglah aku masuk dan comment blog korang.Jadi taklah lari sangat link antara kita semua!

Amacam? Best tak Idea aku..Kak Ros dan Azril dah ade, tinggal geng lain je lagi!..Macam mana cadangan aku?

Oklah, takat ni dulu pembloggan (jangan cari dalam Kamus Dewan,sah takde punya perkataan ni) aku untuk hari ni.Ok.Adious!


....We Are The Champion My Friend...We Keep On Fighting...'Till The End...We Are The Champion...We Are The Champion...Of The World!...

Sunday, November 2, 2008

Catatan Seorang Aku Dekat Sangat Dah Nak Ekzem ni

Hmmmm,,,hari ni aku akhirnya berjaya menghantar draf akhir kertas akademik projek kat supervisor aku.Dr Sharipah Ruzaina.Aku hantar dengan Razi.Hantar kat rumah Dr.

Sebelum hantar tu, aku terpaksa ambik borang permarkahan untuk akademik projek dulu kat Dr Nabila.Semuanya berjalan dengan lancar.Takde apa2 masalah pun.

Satu lagi berita terkini buat geng2 yang kenal dr Sharipah.Berita Baik! Tanyalah....nape aku dan Razi terpaksa hantar tesis terus ke rumah Dr?....

Jawapannya...Dr Sharipah baru je bersalin (bukan bersalin baju tau!) or dengan kata lainnya, melahirkan anak pada pagi hari ini (3/11/2008). Aku tau dari mulut Dr sendiri (lemah je bunyinya suara Dr tadi).Dr kata anak dia perempuan. Mesti cute macam Dr jugak kan (ada sesapa yang tak setuju dengan aku,angkat kening sebelah kiri!)

Buat geng2 yang kenal Dr Sharipah terutamanya Kak Roz, Azril, and geng2 Bio, taknak ucap ape 2 ke kat Dr. Aku baru je ucap tadi....hehehe

Dan untuk ekzem hari Jumaat ni, aku harap dapat paham dan jawab semua soalan test dengan baik. Untuk kengkawan yang dah lepas tu,jgn lupa doakan untuk aku yea!

Harapan aku jugak agar dapat melepasi halangan sebenar untuk test 15 hb ni (Instrumental Analysis. Aku baru tau result Test 1 je. Test 2 dan 3 aku tak tau lagi.

Aku pun nak jumpa Dr Halila lepas test IC, 7 hb nanti. Tak sabar2 rasanya nak perbetulkan segala kelemahan sebelum perjuangan untuk IA bermula.

Rasanya takat tu dulu.Nanti kalau aku dah lepas semua test, aku janji akan buat seperti dulu, tiap hari or at least 5 kali seminggu hantar citer2 aku kat blog aku ni. Untuk tatapan semua kengkawan yang tak putus2 nak tau citer aku, terutama Kak Ros yang suka menyelinap masuk blog aku ni!

Ok, Entsuldigung Sie

...We are The Champion My Friend...We Keep On Fighting 'till the end...We are the champion, we are the champion.... no time for loosest, cause we are the champion....of the world...

Adious!