Tuesday, September 2, 2008

Catatan Seorang Aku 3

Hari ni seperti biasa aku menghadiri kuliah pada sebelah petang. Kuliah Instrumental Analysis dan kuliah Industrial Chemistry. Sebenarnya semester ni aku macam takde kelas je. Sekejap-sekejap je muka kat kampus, terutama kat kampus induk (Shah Alam S. 2). Kat kampus fakulti Pendidikan (S. 17)langsung takde dah.Bukan ape dah takde subjek yang perlu dihadiri kat sana. Sekarang semuanya kat Fakulti Sains Gunaan je tinggal.

Hari ni nampak best je kuliah untuk IA, tapi aku rasa perlu dipertingkatkan lagi kefahaman aku kat topic-topic penting kat IA ni. Tak nak dah mengulang.Serik. Lagipun aku berazam,semester ni adalah semester yang paling akhir untuk aku. Cukuplah.Kesian tengok family kat rumah.Asyik kat diorang je aku minta belanja. Sepatutnya aku yang bagi diorang. Namun apakan daya, gaji separuh aku pun tak cukup nak menampung hidup aku kat bandar besar ni.Takpelah, posting sok, aku plak belanja diorang. Tu pun kena tunggu aku dapat gaji penuh balik,

Kalau nak ikutkan, semester ni aku seharusnya menumpukan sepenuh tumpuan aku untuk IA. Bukan ape, subjek kimia industri senang sikit nak ingatkan faktanya. IA plak lain, kena paham betul-betul baru dapat tangkap. Bahasanya taklah berbunga, tapi tahap bahasa inggeris aku yang tak cukup ‘flower’ lagi.hehehe.Walaupun begitu, aku tetap jugak bagi perhatian sikit-sikit kat kimia industri. Sekurang-kurangnya dapatlah menaikkan sikit CGPA aku yang terlalu cukup makan ni.At least kalau dapat B pun best jugak. Academik Projek pun dah lama dah siap, tunggu nak hantar je lagi. Rasanya minggu ni dapatlah aku hantar tesis aku tu.Malas dah nak simpan lama-lama. Nanti tetiba je lupa nak hantar, kan ke naya.

Sebenarnya hari ni aku dah bersiap-siap nak hantar assignment kimia industri yang kedua, tapi dengar-dengar citer dari kengkawan, hari jumaat plak due date die. Hmmm... hari ni tetiba je ade citer lucu (tahap suam-suam kuku je) aku kat kampus hari ni. Macam ni...selepas je aku habis kuliah IA pkl 3 ptg, aku terus je pergi fakulti S. 17.Saja je.Aku pun lebih suka lepak-lepak kat labry kat sana, sementara menunggu pkl 4.50.Lebih teratur sikit suasana kat dalam.Bleh duduk kat mana-mana pun,tanpa melihat muka orang yang duduk kat depan kita(paham kot!!). Lama jugak aku kat sana,baca buku yang langsung takde kaitan dengan pelajaran.Nak tambah pengetahuan lain lah kononnya masa tu(hehehe).Apabila sampainya pkl 4.50, aku terus je merempit ke kampus induk.(tak lah laju sangat.kira-kira 100 km/h je).Sampai je aku kat sana, terus aku bergegas menuju ke bilik kuliah (kat blok B).Aku terus je masuk dan duduk.

Masa aku masuk tu, aku pun dah rasa lain je diorang (geng-geng lain yang dah sampai dulu) tetiba je tengok aku semacam. Masa tu lecturer,Pn Norjanah, pun dah lama dah ngajar. Yang bestnye, tak lama lepas aku keluarkan nota industri dan cakar apa-apa yang patut kat buku nota. Lecturer pun siap cakap, ‘Ok, kita berhenti kat sini dulu, dan yang baru masuk tu saya nak bagitau yang mulai minggu ni kelas kita untuk hari selasa akan start pada pkl 4.30 n habis pkl 5.10’. Wah, aku pun cakap kat kawan aku yang duduk tak berapa jauh dari aku tadi. ‘eh, dah habis dah. Tak sampai 10 minit aku masuk, dah nak keluar semula’. Naya je! Oh ye...baru aku ingat. Aku masuk kelas tadi pun dah kira-kira pkl 5.02 minit.

Rasanya, nilah kali pertama aku menghadiri kuliah yang tak sampai 10 minit. Bukan aku yang lambat masuk kelas, tapi Pn tu yang tak bagitau aku, pkl berapa kelas mula masa bulan puasa ni. Kalau nak ikutkan jadual asal, kelas mula pkl 5.10 dan habis pkl 6 ptg. Rasanya mesti diorang tak bagitau aku.Nak harapkan Ketua Kelas IC, sudahlah, giler glamer je dia tu.Langsung tak mesra alam dengan orang yang terlebih veteran dari diorang,macam aku ni! Aku langsung tak salute kat die. Tegur kite pun tak, apa kan lagi senyum kat aku. Kalau kat student pompuan lain kat dalam kelas tu, abis meleleh ayaq liuq, pakai untuk mengayat. Takpelah, lumrah hidup.Lagi pun, aku pun dah tak lama lagi nak habis.

Rasanya sampai kat sini dulu ‘catatan seorang aku’ yang ketiganya ni. Esok-esok sambung lagi. Bukan apa, rasanya dengan meluahkan sikit-sikit kekusutan/ketensionan(ada ke perkataan ni?) kat blog ni, rasa ringan sikit beban kat otak/minda/akal aku ni! Ok, wa cincau yeos dulu! Gotcha!

2 comments:

Rosnizar Zakaria said...

Hahaha...memang kelakar laa insiden tu!!! Apa x nyer...duk kat kelas bru 10 m, Pn Norjanah dh kluar... Apa teruk sngt ketua unit tu??? Joint ngan grup mana??? Sapa nama dia??? Ntah apa2 jer dia tu... Nant dpt soklan dr pn Janah, jgn share ngan diaorang!!!Grrr....

...i am reezes... said...

Betul tu kak ros, ayris rasa pun tak guna sangat ketua yang kurang kuah tu!Menyakitkan ati je tengok muka die! Tapi, asal aku lepas je sem ni,takpe,biar ribut pun melanda,aku tetap bersembunyi dalam rumah.Taaakut!