Thursday, September 11, 2008

Catatan Seorang Aku 9

Semalam takde ape-ape yang luarbiasa yang aku lakukan. Cuma semalam, aku lega sikit sebab barang yang aku order secara online telah sampai ke tangan aku. Bukan ape, takut barang tak sampai. Maklumlah sekarang ni banyak sangat kes tipu. Aku ni takut sangat nak masuk ke dalam statistik kes tipu-menipu ni.

Semalam juga, aku menkontinewkan study aku untuk IA, terutama persediaan bagi Test Kedua untuk IA. Rasanya setakat ini, takde masalah sangat semasa study tu, tapi takut tu adalah, terutama nanti kalau masa ujian, apa yang aku baca tu langsung hilang dari ingatan (bukan hilang ingatan tau!). Aku ni bukannya terer sangat dalam subjek-subjek yang banyak hafal-menghafal ni. Subjek macam nilah yang aku paling takutkan sejak dari sekolah menengah lagi.

Lepas study beberapa jam, aku layanlah mata aku untuk berehat sekejap. Tak baik paksa mata n otak bekerja berterusan berjam-jam ni, nanti cepat biol.Bangun je dari tidur, aku terus je layan game kat laptop. Saje je nak release mamai dari ketiduran aku.Hehehe.

Itu semalam punya citer.Hari ni pulak, aku bangun awal sikit dari semalam, sebab hari ni aku ada kelas pkl 10.30 pagi. Masa dalam kelas rasa best je dengar penerangan dari puan. Mungkin sebab semester kali ni aku banyak menumpukan lebih perhatian untuk IA. Bukan tak nak bagi tumpuan kat IC, tapi bagi aku, IA lebih killer daripada IC. Lagipun Apro dah lama dah hantar, Cuma tunggu Dr Sharifah nak semak n hantar balik kat aku je lagi.

Abis kelas kat blok A, aku terus je tepon Razi, nak ambik borang posting yang dah diisi oleh Razi. Setakat ni, cuma aku dan Razi je dah siap sepenuhnya isi borang posting ni, yang lain tak tau lagi. Minggu depan plak aku hantar semua borang posting yang aku kumpul ni kat En. Malik. Tempoh sebenarnya, hantar borang sebelum bulan 10. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, sebelum habis semua tempoh tambahan pengajian aku kat UiTM ni.

Lepas abis semua urusan dengan Razi, aku terus je cau cincau. Tak nak tunggu lama-lama sangat. Seperti biasa, aku akan singgah dulu kat kedai yang aku biasa datang, untuk beli newspaper dan barang-barang keperluan yang lain.

Sampai je kat umah, aku relax sekejap kat dalam bilik. Lepas tu aku terus mulakan operasi merendam pakaian-pakaian aku yang banyak giler ni (kalau ada tukang cuci khas, takdelah camni, ye tak?). Anyway, masa-masa single ni lah banyak kerja kena buat. Lainlah kalau dah berdua kelak (lama lagi tau!), semua kerja pasti yang sorang lagi tu yang buat. Hehehehe.

Abis je merendam (tak cuci lagi lah!), aku layan game kat laptop. Pastu aku sambung study IA aku.Selepas beberapa jam, bila aku dah rasa letih sangat, aku terus berhenti study and now is the time for aku to layan my kebesan tidur di waktu petang, bertemankan kipas tua.Hehehee.

Bangun dari tidur, aku terus je pergi cuci pakaian and bila selesai semua, aku terus mandi.

Malam, seperti biasanya aku akan sibuk dengan kerja kat dapur (tak kira hari ni shift sapa-sapa. Tapi biasanya, siapa yang ada masa akan konker dapur. Bujanlah katakan.Lagipun tinggal tahun ni je aku dengan diorang.

Lepas abis je semua, aku teru relax kat ruang tamu. Layan berita TV3, nak dengar berita terkini kat dalam negara.But, for pengetahuan aku paling tak suka tengokn dengar citer politik. Menyakitkan telinga je. Baik layan berita sukan. Hehehe.

Lepas makan malam, aku terus layan balik study IA aku. Tak tahulah, mengapa semester ni aku suka sangat nak study, terutamanya IA. Sedangkan sebelum ni, aku tak suka pun subjek ni. Maybe kerana hanya subjek ni yang boleh menghalang misi aku untuk habis dengan bergaya semester ni. Harap-harap semester ni aku berjaya jugak lepas dengan jayanya.
Oklah my friend,rasanya sampai sini dulu Catatan Seorang Aku, untuk Edisi Study TU!.Ok, Adious!

No comments: