Friday, September 26, 2008

Catatan Seorang Aku Patbelaih

Khamis (25.09.08)
Hari ni aku bangun awal sikit.lebih kurang pkl 8.30 camtu,ada kelas IA.Aku berlepas dengan jet pejuang aku ke UiTM pada pkl 9.50 pg. Aku sampai kira-kira pkl 10.25 camtu.

Tapi yang tak best nya lagi, untuk kali ke-entah kali keberapa dah.Tunggu punya tunggu dengan kengkawan yang lain, Dr Halila tak masuk-masuk sehingga pkl 10.50. Biasanya kalau ada kelas Dr dah masuk awal dah. Bila tengok kengkawan mula keluar satu persatu, last-last aku ajak geng sebelah aku untuk keluar jugak.

Hmmmmm..terasa ruginya kehadiran aku hari ni. Dahlah rekod aku tak pernah pun ada telor kat catatan kehadiran Dr Halila.Kalaulah Dr masuk lewat, alamatnye adalah sebutir aku dapat.

Bila dah cabut, aku bukannya terus balik pun, tapi pergi fotostat borang penilaian prestasi untuk pkpg yang masih cuti belajar (10 yang tertinggal) kat seksyen 16. Habis je fotostat, barulah cabut ke rumah. Takde apa-apa sangat buat kat umah. Biasalah test IA dah habis. Untuk test 2 IC plak, masa cutilah tolong bedalkan. Kengkawan cuti raya, aku plak cuti ulangkaji test IC 2.Okler tu.

Malam plak, aku tak buat apa-apa sangat, cuma seperti kebiasaannya bila boring sangat aku akan layan game Alien Shooter. Hehehehe.... sampai habis level (kalau dah selalu main, biasalah sampai hujung level lah jawabnya).

Malam ini jugak, aku dan 2 orang geng serumah aku pergi Pasar Malam Uptown kat Shah Alam. Huiyoooo... bukan main banyak orang pada malam tu, biasalah persediaan last minute sebelum raya. Siap dengan bebudak kecik n baby lagi tu.

Aku beli kerepek ubi kayu sebungkus je. takde bende yang menarik minat sangat. Kawan aku yang sorang lagi beli spek polarize.Habis semua, terus je balik. Sampai kat umah terus masuk bilik. Lepas tengok tv skejap kat ruang tamu, aku masuk tidur n zzzzzzzzzzzzzzzz.

Jumaat ( 26.09.08)
Pada hari ni plak, aku bangun lagi lewat dari semalam,kira-kira pkl 10.00 macam tu. Dah takde kelas, tak kan nak bangun awal, ye tak ! Jadi, layanlah tidur sepuas-puasnya. Lagipun malam tadi, tidur lewat sikit. Kira-kira pkl 2.00 pagi.

Lepas mandi semua, aku buka laptop, baca news kat internet. Sambil=sambil tu check emel n apa-apalah kerja yang entahapaapaentah kat internet. Semua nak baca.Pada pagi ni jugak aku beli tiket untuk balik Sarawak. 23 hb 11. 2008. Aku bukannya apa beli awal. Aku tengok tawaran best je. RM39 je tiket. Tapi bila tambah semua minyak,insurans,servis,bagasi n semuanya, adalah RM 133.50. Ok ler tu!

Habis buka internet, aku layan lah sedikit nota IA.Takut juga nanti masa final lupa lagi teruk dari test 2 hari tu.

Pada belah petang, bila aku masuk website UiTM, aku terjumpa pengumuman tentang jadual final exam yang akan datang. Jadi, aku teruslah menonong masuk nye. Sebenarnya aku takut, jadual test aku terkena dengan hari test aku, macam semester 4 hari tu. Kan ke naya. Nak tiket murah, kena jadi mahal pulak.

Check punya check, lastly aku lega sesangat kerana test aku habis lebih awal 8 hari dari hari penerbangan aku ke sarawak.Fuhhhhh! leganya rasa ! Hari tu juga aku check untuk kengkawan lain.Berita pengumuman jadual waktu tu aku bagitaulah jugak kat kengkawan lain. Mesti kongsi berita baik. Jadi bleh buat persediaan awal.

Malamnya plak, aku takde kerja lain nak buat. Rasanya main game n tengok tv n study sikit-sikit ler jawabnya.

Rasanya sampai kat sini dulu untuk Catatan Seorang Aku, Edisi Jadual Final Exam Dah Keluar

No comments: