Tuesday, September 9, 2008

Catatan Seorang Aku 8

Jumpa lagi, semalam, takde ape-ape sangat aktiviti yang aku lakukan. Kuliah pun memang takde.Bangun pagi, kira-kira pkl 10.00 camtu.Bukan ape, malam sebelumnya lewat sangat tidur.

Pada waktu pagi plak, aku pergi fotostat borang penempatan semula untuk aku dan geng-geng Julai 2005, yang masih tinggal. Harap-harap inilah kali terakhir aku isi borang posting ni.Lepas ni aku nak tunggu surat penempatan semula lah pulak.Hehehe!

Semalam juga, aku study sikit-sikit untuk subjek IA. Prepare untuk Test kedua. Saja je, tak nak tengok result teruk buat kali kedua. Kalau boleh kali ni dapat lulus, baru puas hati.

Pada hari ni plak (8hb September), seperti biasanya aku ada kuliah start pkl 2.10- pkl 3.00, untuk subjek IA, dan IC plak, pada pkl 4.30 hingga 5.30.

Selepas je habis kelas IA hari ni, aku terus je merempit pada kelajuan cahaya (wah,melampau tu!Hehehe...buat macam supermanlah sikit catatan aku kali ni) untuk bagi borang posting kat Ida kat kediaman die ( kat parking kete je).Lepas tu aku terus je meningkatkan kelajuan motor aku pada kelajuan Tanpa Bunyi dan Tanpa asap (Faham ke?....Tak paham? Aku pun tak paham apa yang aku cakapkan ni.Hehehe). Sebenarnya aku nak pi UiTM Kampus Pendidikan, nak hantar borang posting kat Razi.

Sesampainya aku kat sana, terus je nampak Razi duduk bawah pokok, berdekatan dengan kantin. Kalau dulu, ramai geng-geng Julai 2005 yang duduk lepak kat sana, sementara menunggu nak masuk kelas. Sekarang sunyi je. Sayu juga tengok tempat tu sekarang, kalau mengingatkan kenangan bersama kengkawan lain dulu.

Lepas bagi borang kat Razi, aku dan Razi berbual-bual kosong.Lama tak jumpa, nilah jadinya. Tapi topik kami dua terpaksa dalam kawalan sikit.Hehehe... taulah kan..bulan puasa. Tak nak tengok Razi terlepas cakap. Tapi kadang-kadang terlepas cakap juga, tapi aku lah. Aku takpe, asal jangan Razi je.Hehhe..kite mesti hormat orang yang tengah pose.Kita kan hidup dalam satu negara, mesti jaga hati kaum / agama lain.Ada lah lebih kurang satu jam kami dua loyar buruk kat kerusi kat bawah pokok tu.

Lepas berloyar buruk dengan Razi, aku pun minta diri nak pergi Labry.Nak hantar buku yang lama dah aku pinjam.Buku-buku (2 buah buku) tu aku pinjam seminggu sebelum cuti pertengahan semester lagi (Kalau rajin, kiralah sendiri berapa lama aku pinjam buku tu! Hebatkan....pinjam buku lama-lama untuk elak orang lain pinjam, tapi aku juga yang kena bayar lebih....Huaaaa!). Selepas tanya kat Staff yang jaga pemulangan buku tu, taulah, hutang aku untuk kedua-dua buku tu dah mencapat RM15 lebih.Tak jugak banyak.Hehehe.Boleh buat lagilah nampaknya!

Pastu aku terus je merempit menuju ke UiTM Induk, ada kelas IC plak pkl 4.30. Tapi yang tak bestnya, sampai je kat dalam bilik kuliah, kena tunggu 35 minit lagi kat dalam kelas. Bukan ape, kali ni Pn Norjanah plak lupa yang dia ada kelas pkl 4.30. Tapi hari ni, banyak juga topik yang die masuk, sebelum dismissed at 5.30.

Masa nak merempit balik tu lagi best, aku lalu pakai jalan belakang. Lepas je dari gate belakang, aku terus cuba nak pakai short-cut macam selalu (nak lawan aruslah tu!). Masa tu adalah 1-2 orang dengan aku nak pakai jalan tu, tapi niat kami terpaksa dihentikan kerana bertembung dengan kereta polis (kereta polis tu pun macam nak berhenti je bila tengok aku tak nak undur). Last-last aku terus je pusing balik dan frengggg!kan sikit motor aku, takut kena kejar. Tapi nak kejar apa, masa tu pun jem dah mula mengambil alih semua jalan yang menuju ‘round about’ kat Shah Alam. Bila lepas je dari ‘round about pertama depan UiTM tu, aku terus je merempit balik.

Sampai kat umah, tak buat ape sangat. Lepas mandi, terus je buka laptop. Nak main game lah tu. Tapi sebelum tu, aku buat Catatan Seorang Aku, untuk hari ni dan semalam (sekali untuk 2 hari).Malam ni plak, macam nak sambung study je untuk FTIR,terutama menafsir spectrum.

Rasanya sampai kat sini dulu Catatan Seorang Aku untuk edisi Alamak Polislah Pulak!
Ok, adious!

No comments: