Saturday, September 6, 2008

Catatan Seorang Aku 7

Hari ni, 6 hb September Zwei Tausend Acht, aku takde ape-ape sangat benda nak buat. Bangun dari tidur pkl 9.30 camtu. Bangun je tidur, duduk kejap pastu buka laptop, layan game. Bukan ape, nak buka sikit minda, supaya bersiap sedia dengan first study untuk test 2 IA aku seminggu sebelum raya. Nak target lulus plak kali ni!

Mula-mula hari ni aktiviti aku lembap je rasanya perjalanannya. Rasa malas je bila tengok semua benda bertaburan atas meja. Last-last aku tekadkan diri untuk mengisi dulu borang posting aku, yang masih terbiar kat meja. Setelah puas kontrol mancho masa mengisi borang, akhirnya berjaya juga menulis tiga salinan borang Aku bukannya suka sangat isi borang ni, terutamanya borang-borang rasmi. Salah sikit, menggelabah dibuatnyer.Aku rasa, hampir semua orang tak suka sangat isi borang-borang rasmi,macam borang permohonan sesuatu ni.Takut sangat nak buat salah.Suruh orang seronok je rasanya.

Lepas habis isi borang, aku terus susun semula fail peribadi kat dalam folder aku yang dah lama tak tersusun. Pastu kemas-kemaskan sikit suasana dalam bilik. Mudah sikit untuk study (kononnyer tu! Hehe). After that, aku terus bagi-bagi sikit part untuk aku study hari ni.Bukannya boleh borong semua sekaligus. Naye jawabnya.

Aku start study pun bila jam dah pukul 12.30 camtu, bak kata Jinar(watak penting) kat dalam Novel Pinang Nan Sebatang. “Hendak memulakan sesuatu kerja adalah yang paling susah”. Kata-kata tu dah lama aku alami. Sejak sekolah rendah lagi. Tapi bila dah mula plak, susah nak berhenti. Tu yang tak best tu! (Tapi adakalanya best jugak.hehe).

Habis je study, aku relax-relax je. Saje nak menenangkan diri sekejap lepas memasukkan semua data yang penting selama 4 jam. Malam ni relax ler aku sebab target hari ni dah tercapai.

Buat yang suka sangat melawat blog Catatan Seorang Aku (CSA) ni, lepas ni aku hanya akan hantar sesuatu catatan baru selang dua hari. Bukan apa, nak menambahkan sedikit catatan,biar panjang sikit. Lagipun aku ni ada banyak blog.Betul tak? Hehehe!

Ok, sampai kat sini dulu.Wa cau cincau.Adious!

No comments: