Friday, September 26, 2008

Catatan Seorang Aku Patbelaih

Khamis (25.09.08)
Hari ni aku bangun awal sikit.lebih kurang pkl 8.30 camtu,ada kelas IA.Aku berlepas dengan jet pejuang aku ke UiTM pada pkl 9.50 pg. Aku sampai kira-kira pkl 10.25 camtu.

Tapi yang tak best nya lagi, untuk kali ke-entah kali keberapa dah.Tunggu punya tunggu dengan kengkawan yang lain, Dr Halila tak masuk-masuk sehingga pkl 10.50. Biasanya kalau ada kelas Dr dah masuk awal dah. Bila tengok kengkawan mula keluar satu persatu, last-last aku ajak geng sebelah aku untuk keluar jugak.

Hmmmmm..terasa ruginya kehadiran aku hari ni. Dahlah rekod aku tak pernah pun ada telor kat catatan kehadiran Dr Halila.Kalaulah Dr masuk lewat, alamatnye adalah sebutir aku dapat.

Bila dah cabut, aku bukannya terus balik pun, tapi pergi fotostat borang penilaian prestasi untuk pkpg yang masih cuti belajar (10 yang tertinggal) kat seksyen 16. Habis je fotostat, barulah cabut ke rumah. Takde apa-apa sangat buat kat umah. Biasalah test IA dah habis. Untuk test 2 IC plak, masa cutilah tolong bedalkan. Kengkawan cuti raya, aku plak cuti ulangkaji test IC 2.Okler tu.

Malam plak, aku tak buat apa-apa sangat, cuma seperti kebiasaannya bila boring sangat aku akan layan game Alien Shooter. Hehehehe.... sampai habis level (kalau dah selalu main, biasalah sampai hujung level lah jawabnya).

Malam ini jugak, aku dan 2 orang geng serumah aku pergi Pasar Malam Uptown kat Shah Alam. Huiyoooo... bukan main banyak orang pada malam tu, biasalah persediaan last minute sebelum raya. Siap dengan bebudak kecik n baby lagi tu.

Aku beli kerepek ubi kayu sebungkus je. takde bende yang menarik minat sangat. Kawan aku yang sorang lagi beli spek polarize.Habis semua, terus je balik. Sampai kat umah terus masuk bilik. Lepas tengok tv skejap kat ruang tamu, aku masuk tidur n zzzzzzzzzzzzzzzz.

Jumaat ( 26.09.08)
Pada hari ni plak, aku bangun lagi lewat dari semalam,kira-kira pkl 10.00 macam tu. Dah takde kelas, tak kan nak bangun awal, ye tak ! Jadi, layanlah tidur sepuas-puasnya. Lagipun malam tadi, tidur lewat sikit. Kira-kira pkl 2.00 pagi.

Lepas mandi semua, aku buka laptop, baca news kat internet. Sambil=sambil tu check emel n apa-apalah kerja yang entahapaapaentah kat internet. Semua nak baca.Pada pagi ni jugak aku beli tiket untuk balik Sarawak. 23 hb 11. 2008. Aku bukannya apa beli awal. Aku tengok tawaran best je. RM39 je tiket. Tapi bila tambah semua minyak,insurans,servis,bagasi n semuanya, adalah RM 133.50. Ok ler tu!

Habis buka internet, aku layan lah sedikit nota IA.Takut juga nanti masa final lupa lagi teruk dari test 2 hari tu.

Pada belah petang, bila aku masuk website UiTM, aku terjumpa pengumuman tentang jadual final exam yang akan datang. Jadi, aku teruslah menonong masuk nye. Sebenarnya aku takut, jadual test aku terkena dengan hari test aku, macam semester 4 hari tu. Kan ke naya. Nak tiket murah, kena jadi mahal pulak.

Check punya check, lastly aku lega sesangat kerana test aku habis lebih awal 8 hari dari hari penerbangan aku ke sarawak.Fuhhhhh! leganya rasa ! Hari tu juga aku check untuk kengkawan lain.Berita pengumuman jadual waktu tu aku bagitaulah jugak kat kengkawan lain. Mesti kongsi berita baik. Jadi bleh buat persediaan awal.

Malamnya plak, aku takde kerja lain nak buat. Rasanya main game n tengok tv n study sikit-sikit ler jawabnya.

Rasanya sampai kat sini dulu untuk Catatan Seorang Aku, Edisi Jadual Final Exam Dah Keluar

Wednesday, September 24, 2008

Catatan Seorang Aku Dreizehn

Isnin (22.09.08)
Aktiviti aku pada hari ni, seperti biasa berenang diatas tilam dari malam semalam sehingga pkl 9.30 pagi. Uihhhhhh! Seronoknye.Tak terhingga rasanya dapat tidur sehingga matahari hampir dah tegak di atas kepala.

Selepas mandi dan sarapan sekejap, aku mula kan dengan perasmian pembukaan laptop aku buat hari ini (hehe biasalah). Bukan apa, aku ni mesti nak baca suratkhabar (online or ofline) setiap hari. Dah tabiatlah katakan.

Bila jam dah menunjukkan pkl 10.30 pagi, aku mulakan langkah aku untuk study IA, untuk test 2 pada keesokan harinya. Hari ni aku nekad nak berkurung sehingga malam (tapi ada jugak keluar-keluar bilik, sekejap-sekejap tu..nak rehatkan sekejap otak).

Hari ini, aku habis study pada pukul 8.40 malam. Huih jenuh jugak dibuatnya untuk menghafal dan memahami semua benda-benda penting untuk test 2 IA esok.

Malam ini jugak, aku tdur lewat sikit.Bukannya stuy lagi, tapi saja nak rehatkan otak selepas sehari suntuk menyedut maklumat ke dalam otak. Sempat jugak aku kacau Ida yang tengah study untuk Test Double Trouble keesokannya juga (2 test lah maksudnya, Analytic dan genetic). Harap-harap, sama-samalah dapat jawab esok ye tak!

At last, aku tidur pada pukul 12.30 malam. ZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!

Selasa (23.09.08)
Hari ni, aku bangun awal sikit daripada biasa.Nak mengulangkaji buat kali terakhir sebelum test 2 bermula pada waktu petang.

Yang bestnya, aku start pkl 9.00 pagi dan habis pada pukul 12.00 tengahari. Bukannya baca sepenuhnya pun, cuma baca sikit-sikit je, mana-mana yang rasanya akan keluar pada keesokannya.
Seterusnya, aku pergi awal untuk ke kelas, lebih kurang pada pukul 1.10 tengahari. Yang tak bestnya lagi, hari tu Dr Halila cakap, test mula pada pukul 1.50 (dia kata tukar daripada pkl 1.30), tapi sebaik saja aku datang kat sana, kira-kira pukul 1.45, test dah lama dah mula. Bencinya aku dengan keadaan macam ni. Terganggu sedikit tumpuan aku pada hari ni. Sehinggakan term yang senang pun dah mula lupa macam Releasing agent, Protective agent. Dan yang paling tak best lagi ,FTIR insrtument dan AAS instrument aku boleh tertukar (aku check bila bsampai semula kat rumah). Huaaaaaaaa.

Macam mana Dr Halila boleh mula awal. Kawan lain pun tak cakap tentang pertukaran tu. Terjejas sedikit target aku untuk dapat markah lebih daripada 50 %. Boleh ke aku dapat lulus kali ni, kalau persediaan aku telah terganggu dengan perubahan masa yang mengejutkan. Aku bukannya boleh menyerap gangguan sebaik orang.Cepat sangat kusut dalam fikiran. Tapi hari ni, aku cuba jugak menjawab apa yang berjaya singgah kat otak aku.

Haiiiiiii kecewanya aku dengan keadaan yang langsung tidak menyebelahi aku pada hari ni. Berserah je lah dengan keadaan. Kalau dapat lulus, kira bonuslah untuk aku. Tapi kalau gagal lagi, terpaksalah mentriplekaligandakan usaha aku untuk test 3 nanti.

Petang tu, aku relax je dalam bilik...Sambil-sambil relax tu, sempat jugak menidurkan diri sampai pkl 6.30 petang.

Malamnya pulak, aku tengok citer tv, Ku Milikmu (saja nak tengok, bukannya suka pun tengok citer teruk macam tu!).Lepas habis citer, aku ikut kawan aku keluar rumah, untuk menyedut udara malam yang tak terjamin bersihnya lagi kat Subang Jaya ni. Bedal je lah!

Balik je dari berjalan-jalan aku terus je masuk bilik n layan radio sekejap. Baeh yen tudui (bahasa Melanau lah).

Rabu (24.09.08)
Pada hari ni, aku bangun lewat lagi. Biasalah dah habis test IA, aku bantailah bangun lewat sikit. Menikmati ketiduran yang panjang.Hehehehe.

Aktiviti aku pada hari ni, langsung tak best, asyik keluar masuk bilik je. Tak tau apa nak buat. Last-last, lepas tengok berita pkl 1.00 tgh kat rtm1 dan tv3, aku terus je masuk bilik.Tidur lagi (asyik tidurlah budak ni!)

Bangun je dari tur, lebih kurang pada pukul 5.30 ptg, aku cua jugak membaca nota IA. Ok jugak prestasi hari ni, lepas jugak 4 mukasurat nota yang aku buat sendiri. Pas baca nota, aku layan lagu-lagu karaoke kat laptop. Takdeah nyanyi macam orang. Aku nyanyi tak pakai mikroon pun. Hehehe.

Bila jam dah menunjukkan pkl 6.30 petang, aku terus je menyejukkan diri aku kat bilik mandi (mandilah tu!).Lepas balik dari mand, aku layan internet balik. Adelah benda aku tengok (bukannya yang tak senonoh pun ). Cuma check emel je! Lagipun gaji dah masuk semalam dah!

Hari ni aku rancang nak tidur awal sikit. Esok ada kelas pada pkl 10.30. Tapi biasanya pada hari khamis aku akan bangun lewat jugak. Kira-kira pada pkl 9.00 pg. Hehe.

Opsssss baru aku ingat, esok merupakan hari terakhir kuliah uitm sebelum cuti raya hehe. Aku pun cuti jugak. Tapi masa cuti tu terpaksa jugak study, terutamanya study untuk IC plak.

Rasanya sampai sini dulu Catatan Seorang Aku untuk Edisi Dah Nak Cuti Dah.Adious!

Thursday, September 18, 2008

Catatan Seorang Aku Special

Hari ni, pagi lagi aku dah bangun (tapi sebenarnya masih lewat jugak, kira-kira pukul 8.30 pagi). Hari ni aku bangun dengan rasa over gembiranya. Nak tau kenapa?

Hmmmmmm.... Malam semalam, aku baru je dapat tahu yang kakak ipar aku dimasukkan ke hospital.Menunggu masa nak melahirkan anak kedua mereka (dengan abang aku yang ketiga).
Dan lagi, malam tadi juga aku saje-saje main teka-teka dengan adik perempuan aku, tentang bakal anak buah kami yang bakal lahir.Aku cakap gerenti perempuan, sebab dalam tahun lepas, aku pernah bermimpi ada seorang budak perempuan tengah bermain-main dengan adik perempuan aku dan juga anak buah aku yang pertama.Mimpi itu pun aku ada bagitau kat emak, adik dan abang aku.Adik aku ikut je macam yang aku ramalkan.

Yang bestnya, pada pukul 11.23 malam, segala ramalanku benar belaka (walaupun aku mendapat berita tersebut kira-kira pada pukul 1.24 pagi). Memang benar baby girl yang dilahirkan oleh kakak iparku di Hospital Mukah. Gembira sangat dapat anak buah yang kedua, walaupun aku masih jauh lagi nak menimang anak sendiri. Cuma takdir yang menentukan.

Bila aku menerima berita gembira tu dari abang aku (sms), yang tak bestnya aku tak bleh nak lelapkan mata, walaupun sebenarnya aku letih sesangat.Last-last aku layan lagu jiwang kat radio KL FM. akhirnya tak sedar juga sampai pagi.

Tak sabar rasanya nak jumpa anak buah aku yang kedua tu (lama lagilah, bulan 11 baru dapat tengok dan sentuh die).Walaupun die takde nama lagi, tapi aku boleh paggil die baby girl, buat sementara lagi. Abang aku masih memilih nama yang sesuai.

Aku rasa adik perempuan aku pun tengah excited giler macam aku. Macam aku pulak dapat anak. Excited habis.Dan emak dan bapak aku pun dah bertambahlah cucu diorang kepada dua orang. Mesti seronok diorang. So, makin riuhlah tak lama lagi rumah keluarga aku dan rumah abang aku.

Hmmm.tentang kuliah hari ni plak, aku seperti biasa, bertolak awal sikit (pkl 9.50 pagi-kelas pkl 10.30). Akhirnya hari ni jugak topic untuk test 2 habis. Minggu depan testlah pulak. Dan berita yang tak terbanding bestnyer jugak ialah Test 2 IC hanya diadakan lepas cuti.Huuuuuraaaay!
Lega sangat, jadi taklah kalut sangat nak study 2 subject untuk test dalam sehari. Aku macam diberi peluang study lebih masa plak untuk IA.

Lepas balik dari kelas, aku terus je buka laptop.Tapi tak main gamelah. Cuma mainkan lagu kat laptop je. Pkl 1.00 plak, aku tengok berita kat RTM, lepas tu tukar channel (abis je berita sukan) ke TV3.

Lepas abis semua, aku start study aku, untuk habiskan topi IA yang tinggal sikit je lagi.Lepas habis semuanya, aku terus je hantar blog Catatan Seoran Aku Special untuk Edisi Aku Dapat Berita Gembira Hari Ini.

Malam nanti, aku nak ulang study topik-topik yang akan diuji masa Test 2 IA nanti. Pastu main game sikit-sikit. Malam ni terpaksa tidur awal sikit. Esok kuliah pukul 8.30 pagi. Bangun mesti pukul 7.00 pagi.

Ok, sampai di sini dulu kiriman untuk blog Catatan Seorang Aku Special. Adious!

Wednesday, September 17, 2008

Catatan Seorang Aku Eleven

Isnin (15.09.08)
Pada hari ni, takde aktviti sangat yang boleh aku lakukan. Biasalah cuti hujung minggu aku kan dah jadi 3 hari sejak mula semster 7 lagi.Hehehe.

Biasanya pada hari Isnin aku akan bangun lewat sikit (kalau dah malam hari Ahad tidur lewat, tak kan dapat bangun awal pagi, ye tak?).Pada hari ni bolehlah sikit-sikit aku memalaskan diri aku kat atas tilam yang dah lama hilang empuknya (Cuma spring je yang masih kuat).

Lepas bangun tidur dan mandi, seperti biasa aku akan mula dengan aktiviti kebiasaan aku.Main game kat laptop. (kalau lah satu hari aku tak buka laptop, macam mana ek? Mesti tensen giler). Bila jam dah sampai pukul 1.00 tgh plak, aku akan pergi kat ruang tamu, layan berita RTM 1.Sambil-sambil tu suap-suapkan lah makanan (biasanya mee je) kat dalam mulut. Yelah... aku bukannya puasa pun. Nama aku je macam orang Islam, tapi hakikatnya tak.Tapi kalau pada hari ada kuliah, biasanya aku tak makan tgh. Hormat kat kengkawan aku (mana tau aku tetiba je sendawa, tak ke naya nanti).Habis je berita RTM 1, aku terus je tukar channel ke TV3 plak, tengok berita sukan kat TV3.

Bila jam dah menunjukkan pkl 2.00 petang, dan berita dah abis semuanya, aku biasanya memaksa diri aku untuk study. Pada hari ini (Isnin), aku study IA. Saje je nak habiskan topik untuk Test 2 minggu depan.Kadang-kadang timbul jugak perasaan boring and tensen, tapi demi result yang lebih baik untuk Test 2, aku paksa dan tenangkan diri aku.

Pada belah malam pulak, aku takde aktiviti yang menarik, Cuma cuba baca sikit-sikit nota IA. Bila mata dah ajak tidur, aku pu pergilah tidur.Hehehe...

Selasa (16.09.08)
Hari ni plak aku ada kuliah kat blok B, UiTM kampus induk. Hari ni aku bangun awal sikit. Bukan apa, jadual study aku hari ni ialah study IC. Baru start study untuk IC tu, sedangkan test minggu depan. Nasib baik topik kali ni tak banyak mana, bolehlah abiskan dalam 3 kali study.

Bila jam dah menunjukkan pukul 1.30 tgh, aku terus je berlepas dengan pesawat hitamku, menuju ke UiTM, untuk masuk kuliah IA (Dr.Halila). Kebanyakan apa yang diajar oleh Dr Halila hari ni, aku dah study dah, cuma ada sedikit topik yang belum aku study. Tapi anyway i can follow her very well.Hmmmm..

Lepas abis je kuliah IA, aku terus je pergi ke pejabat UPENA, nak ambik tesis aku dari Dr Sharipah. Sesampainya aku kat sana, aku ingatkan tesis aku tu dah diberi markah, rupanya berita buruk untuk aku hari tu. Dr Sharipah suruh aku edit balik tesis aku, banyak sangat kesilapan bahasa kot, selain kesalahan-kesalahan lain. Aku pun bingung jugak. Aku bukannya pandai sangat bab-bab pembetulan terutamanya dalam bahasa inggeris. SPM aku pun dapat cermin mata. Aku buntu selama beberapa minit.

Lepas dapat tesis tu, aku terus je memecut menuju ke UiTM Intec (Seksyen 17), saja nak lapangkan diri. Sementara-sementara tu, cuba menenangkan diri dengan bersms dengan Ida.Bagitau tentang masalah yang aku hadapi. Kalau tak buat camtu. Tensen giler aku. Akhirnya dapat jugak aku keputusan yang seketika boleh menenangkan diri aku.

Aku cuba mendapatkan bantuan daripada kawan sekuliah aku dulu (budak Juniour, Siti namanya. Nama penuh aku tak tau, walaupun aku selalu kacau dia dulu semasa dalam kelas).Selepas meminta kebenaran untuk telefon die, aku terus je telefon Siti. Nasib baik masa tu dia baru bangun dari tidur (jadi taklah aku dianggap mengacau tidur orang).Selepas beberapa minit bercakap akhir Siti berjanji nak tolong aku.Aku pula, taklah minta tolong macam tu je kat die. Adalahh...tips die.Hehehe.

Selepas selesai bab tesis tu, aku terus je pergi UiTM induk balik (bila jam dah menunjukkan pkl 4.10) untuk pergi kuliah IC pulak. Satu lagi malangnya nasib aku hari ini, diorang tak bagitau aku yang kelas IC hari ni dibatalkan. Ni yang aku malas sangat dengan Leader kami tu. Langsung tak bagitau,sedangkan sebelum kelas IC, masa kelas IA kami memang sekelas pun. Sakit hati betul. Bertimpa-timpa malang aku hari ni.Nasib baik ada kengkawan lain yang bagitau, kalau tak berbulu aku tunggu kat luar kelas.

Lepas tu aku terus je caucincau ke rumah kat USJ. Sampai je kat umah, aku terus cuci muka kat dalam bilik air. Lepas tidur tenangkan diri kat dalam bilik. Layan tidur untuk 2 jam.

Bangun je dari tidur, aku terus pergi mandi (sebab jam dah menunjukkan pkl 7.00 ptg).Waktu malam pulak, aku takde mood sangat nak study IC. Tapi aku teruskan jugak sikit-sikit.Bila mata dah mula ngantuk, aku terus tidur, sambil bertemankan radio telefon yang masih berbunyi.

Rabu (17.09.08)
Pada hari ni, seprti hari Isnin, aku bangun lewat lagi, kira-kira pukul 9.30 camtu.Hehehe.
Bangun je dari tidur, aku terus je pergi mandi dan semuanya yang perlu dilakukan dalam bilik mandi.

Lepas balik dari mandi, aku terus je onkan laptop aku.Biasalah aku ni bukannya boleh sehari tak buka laptop, gelisah giler. Pada pagi ni, aku buka internet, nak tengok result Champion League pagi tadi, di samping nak tengok markah Football Fantasy aku untuk Champion League.Hehehe.Best jugak markah aku, walaupun masih kat rank 9000 lebih.Sikit-sikit naik lagilah tu.Aku kan manager yang hebat, sehebat Ferguson.Hehehe(Perahsantan lah pulak!)

Lepas abis layar internet, aku bka plak blog baru (banyaknya blog!), tapi kali ni khas untuk memenuhi minat aku kat bidang sukan bolasepak.Sekejap je buat. Lepas tu aku sambung pulak main game kat laptop sampai pengsan.Hehehe.

Bila jam dah menunjukkan pkl 1.40 tgh, aku sambung plak study IC aku.Hari ni, study IC aku dah hampir habis.Tapi nak tinggalkan untuk esok sikit. Lepas tu ulang study.Aku abis study IC pada pkl 4.30 ptg.

Habis je study, aku tak tau apa nak buat, jadi aku main game Alien Shooter 1 kat laptop (Survival).Aku main sampailah jam menunjukkan yang aku perlu pergi mandi.Adalah beberapa jam dan minit aku main.

Pada waktu malam pulak, aku rancang nak study IA.Habiskan topik untuk Test 2 minggu depan. Harap-harap berjaya study dan mengingat semua yang dah dibaca, sebelum diulang study.

Habis study malam ni, aku nak main game sikit (Alien Shooter 1 lah tu!).Lepas tu aku tidur. Ok, demikian dulu Hikayat Seorang Aku untuk kali ini, untuk Edisi Malangnya Aku.Adious!

Sunday, September 14, 2008

Catatan Seorang Aku Ten

Jumaat (12.09.08)
Pada hari ni, seperti biasa aku terpaksa memaksakan diri aku sendiri untuk bangun awal (lbh kurang pkl 7.00 pagi). Lagi pun hari ni kuliah aku start pkl 8.30 pagi. Sebenarnya aku lebih suka kuliah pada awal pagi. Nanti kalau balik dari kuliah taklah panas sangat badan kena tembak cahaya, walaupun terpaksa bangun awal dari hari biasa.

Pada hari ni juga aku takde sangat aktiviti yang hendak dibuat.Lepas abis kelas, aku terus je balik.Sebenarnya, pada sebelah petang, kelas IC ada lawatan ke Terengganu (Loji pemprosesan petroleum), tapi aku malas nak ikut. Ada alasan yang aku rasa kukuh jugak.Hehehe...

Dan hari Jumaat, berakhir dengan tanpa aktiviti yang menarik, kecuali study IA sebelah petang.Malam pulak, seperti biasa aku akan melayan game kat laptop.

Sabtu (13.09.08)
Sabtu sebelah pagi plak aku bangun lewat sikit, lebih kurang pukul 9.30 pagi. Saje je nak menikmati ketiduran yang nyenyak di hujung minggu, walaupun terpaksa terganggu dengan bunyi enjin kereta jiran yang menderum-derum di waktu pagi.

Pada sebelah pagi, kira-kira pukul 10.00 pagi, aku terus layan internet, lepas mandi.Lepas boring layan internet, aku terus je seperti kebiasaannya layan game baru kat laptop sambil layan carta lagu kat Sinar FM. Bukan ape, game yang lama dah abis level aku bantai.

Bila masuk je pkl 1.30 tgh, aku seperti kebiasaannya memenuhi peranan aku sebagai pelajar (study ler tu!). Saja nak prepare awal sebelum test 2 untuk IA.Target nak lulus (kira-kira 50 %).Lepas penat memasukkan ilmu IA ke dalam otak aku yang tak lah super sangat mengingat benda-benda complex ni, aku berhenti dan layan game sekejap. Lepas tu, aku tidur petang.Nak menghilangkan lelah otak.

Pada belah malam, lepas layan berita kat TV3, aku sambung balik study selama 2 jam.Habiskan tajuk yang akan diuji dalam test 2 nanti. Lepas tu aku layan game lagi. Saja nak release kebosanan dalam diri.

Bila jam dah berbunyi, menunjukkan jam 12.00 malam, aku aku secara automatiknya mula memperlahankan bukaannya (hehehe...paham ler tu).

Ahad (14.09.08)
Hari Ahad plak, aku bangun lebih kurang pkl 9.30 pagi. Malam tadi dah tidur pkl 1.00. Lepas mandi, aku layan radio, buka Hot FM, dengar carta Hot FM. Dengar celoteh gila-gila Farah dan Faizal, serta artis jemputan, Stacy. Ok jugak lawak yang diorang buat. Aku lebih tertarik dengan lagu hangit Aku Basi (asalnya Aku Stacy) nyanyian Faizal. Memang hangit giler tu!

Pada waktu petang sikit (kira-kira pkl 2.30 ptg), aku layan study untuk IA lagi. Habiskan sasaran study aku untuk topik IA untuk minggu ni. Lepas abis study, aku terus membaringkan diri. Jeng...jeng...jengggg! Tahu-tahu je lah kalau kepala dah atas bantal, mesti mata automatik nak tertutup. Aku pun heran jugak (saje-saje nak buat heran). Kadang-kadang sepantas kilat dia tertutup.

Bangun-bangun je dari tidur selama 1 jam setengah tu, hari dah hujan. Jadi aku sambung balik selama sejam lagi. Hehehe...Bukan apa, takde aktiviti yang best hari ni.

Pada belah petang, kira-kira pkl 7.15, aku dan 2 orang lagi geng serumah aku pergi ke pasar malam Puchong. Nak membeli dan membelah barang – barang kegunaan dapur. Selain tu, kami beli jugak kuih-kuih ramadhan. Pasar malam tu 2 dalam satu pada musim ramadhan ni. Balik rumah, kami malas nak masak, jadi layanlah kuih-kuih yang dibeli kat pasar malam tadi.Hehehe. Sedap jugak, selain mengenyangkan perut aku nih!


Belah malam pulak, aku layan sekejap citer Ta’in kat TV3. Lepas tu aku masuk bilik, layan internet. Sebenarnya aku nak tungu citer Supernatural kat TV3. Sementara tu aku lepak dulu sorang-sorang kat dalam bilik.

Rasanya sampai sini dulu Catatan Seorang Aku untuk Edisi Layan Tensen Sensorang. Ok, adious!

Thursday, September 11, 2008

Catatan Seorang Aku 9

Semalam takde ape-ape yang luarbiasa yang aku lakukan. Cuma semalam, aku lega sikit sebab barang yang aku order secara online telah sampai ke tangan aku. Bukan ape, takut barang tak sampai. Maklumlah sekarang ni banyak sangat kes tipu. Aku ni takut sangat nak masuk ke dalam statistik kes tipu-menipu ni.

Semalam juga, aku menkontinewkan study aku untuk IA, terutama persediaan bagi Test Kedua untuk IA. Rasanya setakat ini, takde masalah sangat semasa study tu, tapi takut tu adalah, terutama nanti kalau masa ujian, apa yang aku baca tu langsung hilang dari ingatan (bukan hilang ingatan tau!). Aku ni bukannya terer sangat dalam subjek-subjek yang banyak hafal-menghafal ni. Subjek macam nilah yang aku paling takutkan sejak dari sekolah menengah lagi.

Lepas study beberapa jam, aku layanlah mata aku untuk berehat sekejap. Tak baik paksa mata n otak bekerja berterusan berjam-jam ni, nanti cepat biol.Bangun je dari tidur, aku terus je layan game kat laptop. Saje je nak release mamai dari ketiduran aku.Hehehe.

Itu semalam punya citer.Hari ni pulak, aku bangun awal sikit dari semalam, sebab hari ni aku ada kelas pkl 10.30 pagi. Masa dalam kelas rasa best je dengar penerangan dari puan. Mungkin sebab semester kali ni aku banyak menumpukan lebih perhatian untuk IA. Bukan tak nak bagi tumpuan kat IC, tapi bagi aku, IA lebih killer daripada IC. Lagipun Apro dah lama dah hantar, Cuma tunggu Dr Sharifah nak semak n hantar balik kat aku je lagi.

Abis kelas kat blok A, aku terus je tepon Razi, nak ambik borang posting yang dah diisi oleh Razi. Setakat ni, cuma aku dan Razi je dah siap sepenuhnya isi borang posting ni, yang lain tak tau lagi. Minggu depan plak aku hantar semua borang posting yang aku kumpul ni kat En. Malik. Tempoh sebenarnya, hantar borang sebelum bulan 10. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, sebelum habis semua tempoh tambahan pengajian aku kat UiTM ni.

Lepas abis semua urusan dengan Razi, aku terus je cau cincau. Tak nak tunggu lama-lama sangat. Seperti biasa, aku akan singgah dulu kat kedai yang aku biasa datang, untuk beli newspaper dan barang-barang keperluan yang lain.

Sampai je kat umah, aku relax sekejap kat dalam bilik. Lepas tu aku terus mulakan operasi merendam pakaian-pakaian aku yang banyak giler ni (kalau ada tukang cuci khas, takdelah camni, ye tak?). Anyway, masa-masa single ni lah banyak kerja kena buat. Lainlah kalau dah berdua kelak (lama lagi tau!), semua kerja pasti yang sorang lagi tu yang buat. Hehehehe.

Abis je merendam (tak cuci lagi lah!), aku layan game kat laptop. Pastu aku sambung study IA aku.Selepas beberapa jam, bila aku dah rasa letih sangat, aku terus berhenti study and now is the time for aku to layan my kebesan tidur di waktu petang, bertemankan kipas tua.Hehehee.

Bangun dari tidur, aku terus je pergi cuci pakaian and bila selesai semua, aku terus mandi.

Malam, seperti biasanya aku akan sibuk dengan kerja kat dapur (tak kira hari ni shift sapa-sapa. Tapi biasanya, siapa yang ada masa akan konker dapur. Bujanlah katakan.Lagipun tinggal tahun ni je aku dengan diorang.

Lepas abis je semua, aku teru relax kat ruang tamu. Layan berita TV3, nak dengar berita terkini kat dalam negara.But, for pengetahuan aku paling tak suka tengokn dengar citer politik. Menyakitkan telinga je. Baik layan berita sukan. Hehehe.

Lepas makan malam, aku terus layan balik study IA aku. Tak tahulah, mengapa semester ni aku suka sangat nak study, terutamanya IA. Sedangkan sebelum ni, aku tak suka pun subjek ni. Maybe kerana hanya subjek ni yang boleh menghalang misi aku untuk habis dengan bergaya semester ni. Harap-harap semester ni aku berjaya jugak lepas dengan jayanya.
Oklah my friend,rasanya sampai sini dulu Catatan Seorang Aku, untuk Edisi Study TU!.Ok, Adious!

Tuesday, September 9, 2008

Catatan Seorang Aku 8

Jumpa lagi, semalam, takde ape-ape sangat aktiviti yang aku lakukan. Kuliah pun memang takde.Bangun pagi, kira-kira pkl 10.00 camtu.Bukan ape, malam sebelumnya lewat sangat tidur.

Pada waktu pagi plak, aku pergi fotostat borang penempatan semula untuk aku dan geng-geng Julai 2005, yang masih tinggal. Harap-harap inilah kali terakhir aku isi borang posting ni.Lepas ni aku nak tunggu surat penempatan semula lah pulak.Hehehe!

Semalam juga, aku study sikit-sikit untuk subjek IA. Prepare untuk Test kedua. Saja je, tak nak tengok result teruk buat kali kedua. Kalau boleh kali ni dapat lulus, baru puas hati.

Pada hari ni plak (8hb September), seperti biasanya aku ada kuliah start pkl 2.10- pkl 3.00, untuk subjek IA, dan IC plak, pada pkl 4.30 hingga 5.30.

Selepas je habis kelas IA hari ni, aku terus je merempit pada kelajuan cahaya (wah,melampau tu!Hehehe...buat macam supermanlah sikit catatan aku kali ni) untuk bagi borang posting kat Ida kat kediaman die ( kat parking kete je).Lepas tu aku terus je meningkatkan kelajuan motor aku pada kelajuan Tanpa Bunyi dan Tanpa asap (Faham ke?....Tak paham? Aku pun tak paham apa yang aku cakapkan ni.Hehehe). Sebenarnya aku nak pi UiTM Kampus Pendidikan, nak hantar borang posting kat Razi.

Sesampainya aku kat sana, terus je nampak Razi duduk bawah pokok, berdekatan dengan kantin. Kalau dulu, ramai geng-geng Julai 2005 yang duduk lepak kat sana, sementara menunggu nak masuk kelas. Sekarang sunyi je. Sayu juga tengok tempat tu sekarang, kalau mengingatkan kenangan bersama kengkawan lain dulu.

Lepas bagi borang kat Razi, aku dan Razi berbual-bual kosong.Lama tak jumpa, nilah jadinya. Tapi topik kami dua terpaksa dalam kawalan sikit.Hehehe... taulah kan..bulan puasa. Tak nak tengok Razi terlepas cakap. Tapi kadang-kadang terlepas cakap juga, tapi aku lah. Aku takpe, asal jangan Razi je.Hehhe..kite mesti hormat orang yang tengah pose.Kita kan hidup dalam satu negara, mesti jaga hati kaum / agama lain.Ada lah lebih kurang satu jam kami dua loyar buruk kat kerusi kat bawah pokok tu.

Lepas berloyar buruk dengan Razi, aku pun minta diri nak pergi Labry.Nak hantar buku yang lama dah aku pinjam.Buku-buku (2 buah buku) tu aku pinjam seminggu sebelum cuti pertengahan semester lagi (Kalau rajin, kiralah sendiri berapa lama aku pinjam buku tu! Hebatkan....pinjam buku lama-lama untuk elak orang lain pinjam, tapi aku juga yang kena bayar lebih....Huaaaa!). Selepas tanya kat Staff yang jaga pemulangan buku tu, taulah, hutang aku untuk kedua-dua buku tu dah mencapat RM15 lebih.Tak jugak banyak.Hehehe.Boleh buat lagilah nampaknya!

Pastu aku terus je merempit menuju ke UiTM Induk, ada kelas IC plak pkl 4.30. Tapi yang tak bestnya, sampai je kat dalam bilik kuliah, kena tunggu 35 minit lagi kat dalam kelas. Bukan ape, kali ni Pn Norjanah plak lupa yang dia ada kelas pkl 4.30. Tapi hari ni, banyak juga topik yang die masuk, sebelum dismissed at 5.30.

Masa nak merempit balik tu lagi best, aku lalu pakai jalan belakang. Lepas je dari gate belakang, aku terus cuba nak pakai short-cut macam selalu (nak lawan aruslah tu!). Masa tu adalah 1-2 orang dengan aku nak pakai jalan tu, tapi niat kami terpaksa dihentikan kerana bertembung dengan kereta polis (kereta polis tu pun macam nak berhenti je bila tengok aku tak nak undur). Last-last aku terus je pusing balik dan frengggg!kan sikit motor aku, takut kena kejar. Tapi nak kejar apa, masa tu pun jem dah mula mengambil alih semua jalan yang menuju ‘round about’ kat Shah Alam. Bila lepas je dari ‘round about pertama depan UiTM tu, aku terus je merempit balik.

Sampai kat umah, tak buat ape sangat. Lepas mandi, terus je buka laptop. Nak main game lah tu. Tapi sebelum tu, aku buat Catatan Seorang Aku, untuk hari ni dan semalam (sekali untuk 2 hari).Malam ni plak, macam nak sambung study je untuk FTIR,terutama menafsir spectrum.

Rasanya sampai kat sini dulu Catatan Seorang Aku untuk edisi Alamak Polislah Pulak!
Ok, adious!

Saturday, September 6, 2008

Catatan Seorang Aku 7

Hari ni, 6 hb September Zwei Tausend Acht, aku takde ape-ape sangat benda nak buat. Bangun dari tidur pkl 9.30 camtu. Bangun je tidur, duduk kejap pastu buka laptop, layan game. Bukan ape, nak buka sikit minda, supaya bersiap sedia dengan first study untuk test 2 IA aku seminggu sebelum raya. Nak target lulus plak kali ni!

Mula-mula hari ni aktiviti aku lembap je rasanya perjalanannya. Rasa malas je bila tengok semua benda bertaburan atas meja. Last-last aku tekadkan diri untuk mengisi dulu borang posting aku, yang masih terbiar kat meja. Setelah puas kontrol mancho masa mengisi borang, akhirnya berjaya juga menulis tiga salinan borang Aku bukannya suka sangat isi borang ni, terutamanya borang-borang rasmi. Salah sikit, menggelabah dibuatnyer.Aku rasa, hampir semua orang tak suka sangat isi borang-borang rasmi,macam borang permohonan sesuatu ni.Takut sangat nak buat salah.Suruh orang seronok je rasanya.

Lepas habis isi borang, aku terus susun semula fail peribadi kat dalam folder aku yang dah lama tak tersusun. Pastu kemas-kemaskan sikit suasana dalam bilik. Mudah sikit untuk study (kononnyer tu! Hehe). After that, aku terus bagi-bagi sikit part untuk aku study hari ni.Bukannya boleh borong semua sekaligus. Naye jawabnya.

Aku start study pun bila jam dah pukul 12.30 camtu, bak kata Jinar(watak penting) kat dalam Novel Pinang Nan Sebatang. “Hendak memulakan sesuatu kerja adalah yang paling susah”. Kata-kata tu dah lama aku alami. Sejak sekolah rendah lagi. Tapi bila dah mula plak, susah nak berhenti. Tu yang tak best tu! (Tapi adakalanya best jugak.hehe).

Habis je study, aku relax-relax je. Saje nak menenangkan diri sekejap lepas memasukkan semua data yang penting selama 4 jam. Malam ni relax ler aku sebab target hari ni dah tercapai.

Buat yang suka sangat melawat blog Catatan Seorang Aku (CSA) ni, lepas ni aku hanya akan hantar sesuatu catatan baru selang dua hari. Bukan apa, nak menambahkan sedikit catatan,biar panjang sikit. Lagipun aku ni ada banyak blog.Betul tak? Hehehe!

Ok, sampai kat sini dulu.Wa cau cincau.Adious!

Friday, September 5, 2008

Catatan Seorang Aku 6

Hari ni, 5 September 2008, takde ape aktiviti yang menarik berlaku, Cuma pergi kelas awal pagi je (kelas IC). Hari ni jugak aku mendapat berita buruk kedua untuk test aku. Aku fail juga untuk test pertama IC. Tensionnye bila melihat result test tak bagus. Bukan apa, kadang-kadang aku tak paham sangat dengan soalan yang pun tu bagi. Tak berapa lenient sangat bagi markah untuk jawapan aku yang banyak sikit karat kat otak ni.

Payah jugak kalau camni, kalau aku terus je gagal setiap test yang aku hadapi. Boleh menggagalkan rancangan aku untuk lepas dengan baik untuk semester 7 ni. Harap-harap lepas ni aku berjaya mengubah keadaan kedua-dua paper aku tu.Harap-harap lepas ni aku sekurang-kurangnya dapat lulus untuk test kedua dan ketiga, untuk kedua-dua paper IA dan IC.

Masa nak balik dari kelas pagi tadi, aku terjumpa Mr Rukis buat kali ke 3. Masa bcakap-cakap dengan Rukis tu baru aku tahu yang nombor tepon maxis die dah tak dapat pakai. Simkad problem,katanya. Jadi, die bagi no. Tepon celcom kat aku (buat sesapa kengkawan yang lain, maybe terbaca or saja-saja baca blog aku ni, kalau nak minta nombor Rukis baru, sila tepon aku, ok! Mana tau, korang rindu nak dengar suara Rukis.hehehe).

Balik rumah je terus aku termenung seketika, bila melihat result kedua-dua test aku fail, walaupun masih dalam keadaan gagal yang dapat diselamatkan (30 ke atas). Ada juga kengkawan aku yang lain mendapat kurang separuh daripada aku dapat (terutamanya markah untuk IA). Hari tu kami semua dapat ceramah motivasi free daripada Pn Halila. Nak tau kenapa? Apalagi, kalau bukan kerana result yang jauh teruk. Walaupun 6 orang yang skor atas 60.Tapi averagenye tetap kurang daripada separuh yang lulus.


Hari ni aku layan game tembak-tembak je kat laptop.Lepas layan game, aku terus melelapkan mata sekejap (sekejap apa, sampai 3 jam). Malam ni pasti lewat sikit tidur, sebab siang hari dah tidur. Ohya! Esok je tinggal lagi panggilan percuma untuk celcom aku. Rasanya esok takde ape-ape nak buat. Study je rasanya.

Rasanya jugak, sampai sini dulu CSA, buat hari ni. C U Soon!

Thursday, September 4, 2008

Catatan Seorang Aku 5

Hari ni aku ada kuliah awal sikit, pkl 10.30 kat blok A . Kelas IA. Hari jugak aku dan geng-geng lain kat kelas dapat kertas untuk test pertama hari tu. Teruk je result yang aku dapat. Ingatkan dapatlah lebih 40 ke 50 ke untuk test yang pertama ni,tapi yang aku dapat lebih sikit je daripada 30. Macam test physical chem’s pertama aku sem dulu je result.Harap-harap lepas ni aku dapat lebih drp 50 pulak untuk test 2, tak lama lagi.Kena kerja superhard lepas ni.Taknak dah tertinggal sangat.

Lepas abis kelas, aku terus je hantar academic project (Apro)yang aku dah siap print tu kat dr sharifah.Malas dah nak tunggu lama-lama.Kang tak hantar pulak nanti. Lepas hantar Apro tu, aku terus pergi ke bilik Pn Norjanah, hantar assignment kedua IC. Bukan ape, malas nak hantar esok. Sementara ingat tu, lebih baik hantar terus. Tak memeningkan kepala untuk mengingatkan benda yang dah siap tu.

Abis je hantar, aku terus cau cincau, tapi taklah terus balik rumah. Aku terus merempit ke giant, untuk parking motor aku. Sebenarnya misi untuk ke summit, nak beli katrij printer baru.Katrij lama dah tak oke je rasanya.Asyik hilang je kaler, walaupun lepas refill banyak-banyak.Lepas beli katrij n refill kaler hitam yang baru, aku terus je balik semula kat giant, nak shopping sikit. Adaler beli barang-barang keperluan yang sangat perlu spt katrij shieldltox (nah halau nyamuklah ni). Yang paling tak bestnyer, abis je aku shopping, tetiba je hujan lebat turun.Naye aku.Terpaksa rehat skejap kat giant,sambil mengira-ngira titik hujan yang turun, bersama-sama dengan beberapa orang insan yang turut sama senasib dengan aku.

Bila hujan kurang sikit turunnya, aku terus je ambil motor dan merempit nak balik pulak, dan tak best nyer, tengah-tengah perjalanan balik tu, hujan tetiber je menembak-nembak kejam kat badan aku. Sakit woooo...tajam macam duri.Jadi aku terpaksalah slow giler (50 km/h jer).Satu badan habis basah kuyup. Sampai je kat umah, terus aku mandi.Selepas beberapa ketika,aku layan pulak membaca huruf Z yang banyak-banyak tu! Huh, enaknya di musim hujan!
Aktiviti belah malam plak, mengisi borang posting untuk dihantar kat En. Malik, untuk dihantar kat Putrajaya ler tu. Tarikh pun dah dekat.Sebelum bulan 10 kena hantar, kalau tak, tak posting ler jawabnyer!. Harap-harap tempat yang aku minta, aku dapat.

Matapun dah ngantuk banget nih! So, sampai kat sini dulu catatan seorang aku dalam episod basah kuyup! Gotcha!

Wednesday, September 3, 2008

Catatan Seorang Aku 4

Hari ni aku tak buat ape-ape sangat. Lepas print academic project, aku print pulak nota IA. Senang sikit nak baca dan hafal,sementara tarikh test kedua masih lama.Entah tak tau ape nak buat.Main game sekejap kat laptop. Kira-kira nak pecahkan rekod game kat laptoplah kiranya. Lepas boring main game kat laptop, aku layanlah pulak tengok tv.Citer yang tak best je nampak,tapi terpaksalah layan jugak.Dah boring sangat.

Tghari tadi sempat juga hantar mesej kat lecturer, tentang academic project yang nak dihantar esok. Bukan ape, takut lecturer takde masa or takde kat bilik die.Rugi je bawak manuskrip academic project tu nanti.

Petang pulak,lepas main game lagi,layan pulak citer cinderella.Kalau ada iklan layan pulak channel lain, tengok citer Bantal yang boleh bagi klue tentang jenayah (citer cina kat tv 4).Best woo citer tu!

Lepas abis je semua citer tu tadi,terus je mandi.Pastu layan balik game “Bagi Ikan Makan”.hehehe.Pastu layan blues sekejap.Entah ape-ape ntah. Boring giler wooo.

Malam pulak,lepas makan,layan sekejap Bersamamamu.Pastu tepon mak kat kampung.Biasalah kedit freelah katakan.Kalau tak pakai, rugilah pulak ,macam tahun lepas, 4 hari tak pakai free yang celcom bagi tu.Nasib baik tahun ni, bertambah sikit koata untuk ditelefon.Boleh jugak gayut giler-giler. Mau tak mau, dia kena layan jugak giler-giler aku ni.Pas tepon mak,cuba pulak kacau adik.Sayangnya pulak, sibuklah pulak die dengan pakaian-pakaian basah die tu.

Akhirnya, keluar juga idea nak kacau budak yang sorang lagi tu.Die mesti layan punyalah.Sibuk tak sibuk die kena layan.Kalau tak, mampus aku tak tepon die lagi. Ye tak? Anyway,seronot juga kacau yang satu ni,sebab die suka ketawa, walaupun lawak bodo.hahaha..(sorylah aku takde idea sangat nak hantar kat blog aku ni.Hentam je apa yang terlintas)

Rasanya sampi kat sini dulu catatan seorang aku, yang tengah boring giler ni!
Ok,daaaaaa! Adios!

Tuesday, September 2, 2008

Catatan Seorang Aku 3

Hari ni seperti biasa aku menghadiri kuliah pada sebelah petang. Kuliah Instrumental Analysis dan kuliah Industrial Chemistry. Sebenarnya semester ni aku macam takde kelas je. Sekejap-sekejap je muka kat kampus, terutama kat kampus induk (Shah Alam S. 2). Kat kampus fakulti Pendidikan (S. 17)langsung takde dah.Bukan ape dah takde subjek yang perlu dihadiri kat sana. Sekarang semuanya kat Fakulti Sains Gunaan je tinggal.

Hari ni nampak best je kuliah untuk IA, tapi aku rasa perlu dipertingkatkan lagi kefahaman aku kat topic-topic penting kat IA ni. Tak nak dah mengulang.Serik. Lagipun aku berazam,semester ni adalah semester yang paling akhir untuk aku. Cukuplah.Kesian tengok family kat rumah.Asyik kat diorang je aku minta belanja. Sepatutnya aku yang bagi diorang. Namun apakan daya, gaji separuh aku pun tak cukup nak menampung hidup aku kat bandar besar ni.Takpelah, posting sok, aku plak belanja diorang. Tu pun kena tunggu aku dapat gaji penuh balik,

Kalau nak ikutkan, semester ni aku seharusnya menumpukan sepenuh tumpuan aku untuk IA. Bukan ape, subjek kimia industri senang sikit nak ingatkan faktanya. IA plak lain, kena paham betul-betul baru dapat tangkap. Bahasanya taklah berbunga, tapi tahap bahasa inggeris aku yang tak cukup ‘flower’ lagi.hehehe.Walaupun begitu, aku tetap jugak bagi perhatian sikit-sikit kat kimia industri. Sekurang-kurangnya dapatlah menaikkan sikit CGPA aku yang terlalu cukup makan ni.At least kalau dapat B pun best jugak. Academik Projek pun dah lama dah siap, tunggu nak hantar je lagi. Rasanya minggu ni dapatlah aku hantar tesis aku tu.Malas dah nak simpan lama-lama. Nanti tetiba je lupa nak hantar, kan ke naya.

Sebenarnya hari ni aku dah bersiap-siap nak hantar assignment kimia industri yang kedua, tapi dengar-dengar citer dari kengkawan, hari jumaat plak due date die. Hmmm... hari ni tetiba je ade citer lucu (tahap suam-suam kuku je) aku kat kampus hari ni. Macam ni...selepas je aku habis kuliah IA pkl 3 ptg, aku terus je pergi fakulti S. 17.Saja je.Aku pun lebih suka lepak-lepak kat labry kat sana, sementara menunggu pkl 4.50.Lebih teratur sikit suasana kat dalam.Bleh duduk kat mana-mana pun,tanpa melihat muka orang yang duduk kat depan kita(paham kot!!). Lama jugak aku kat sana,baca buku yang langsung takde kaitan dengan pelajaran.Nak tambah pengetahuan lain lah kononnya masa tu(hehehe).Apabila sampainya pkl 4.50, aku terus je merempit ke kampus induk.(tak lah laju sangat.kira-kira 100 km/h je).Sampai je aku kat sana, terus aku bergegas menuju ke bilik kuliah (kat blok B).Aku terus je masuk dan duduk.

Masa aku masuk tu, aku pun dah rasa lain je diorang (geng-geng lain yang dah sampai dulu) tetiba je tengok aku semacam. Masa tu lecturer,Pn Norjanah, pun dah lama dah ngajar. Yang bestnye, tak lama lepas aku keluarkan nota industri dan cakar apa-apa yang patut kat buku nota. Lecturer pun siap cakap, ‘Ok, kita berhenti kat sini dulu, dan yang baru masuk tu saya nak bagitau yang mulai minggu ni kelas kita untuk hari selasa akan start pada pkl 4.30 n habis pkl 5.10’. Wah, aku pun cakap kat kawan aku yang duduk tak berapa jauh dari aku tadi. ‘eh, dah habis dah. Tak sampai 10 minit aku masuk, dah nak keluar semula’. Naya je! Oh ye...baru aku ingat. Aku masuk kelas tadi pun dah kira-kira pkl 5.02 minit.

Rasanya, nilah kali pertama aku menghadiri kuliah yang tak sampai 10 minit. Bukan aku yang lambat masuk kelas, tapi Pn tu yang tak bagitau aku, pkl berapa kelas mula masa bulan puasa ni. Kalau nak ikutkan jadual asal, kelas mula pkl 5.10 dan habis pkl 6 ptg. Rasanya mesti diorang tak bagitau aku.Nak harapkan Ketua Kelas IC, sudahlah, giler glamer je dia tu.Langsung tak mesra alam dengan orang yang terlebih veteran dari diorang,macam aku ni! Aku langsung tak salute kat die. Tegur kite pun tak, apa kan lagi senyum kat aku. Kalau kat student pompuan lain kat dalam kelas tu, abis meleleh ayaq liuq, pakai untuk mengayat. Takpelah, lumrah hidup.Lagi pun, aku pun dah tak lama lagi nak habis.

Rasanya sampai kat sini dulu ‘catatan seorang aku’ yang ketiganya ni. Esok-esok sambung lagi. Bukan apa, rasanya dengan meluahkan sikit-sikit kekusutan/ketensionan(ada ke perkataan ni?) kat blog ni, rasa ringan sikit beban kat otak/minda/akal aku ni! Ok, wa cincau yeos dulu! Gotcha!

Monday, September 1, 2008

Catatan Seorang Aku 2

Hmmmm… aku akhirnya berjaya juga menyiapkan assignment kimia industri yang nak dihantar esok. Selepas berhempas pulas sehari suntuk mencari bahan dan memerah otak untuk membuat assignment, akhirnya complete juga misi yang tak seberapa mustahil ni.hehe.

Lepas ni apa pulak assignment yang akan datang. Tajuk pun tak dapat lagi. Entah-entah tajuk yang heavy sikit untuk dibuat. Ape-ape jelah, asal dapat buat, markah baik ke tak baik kira belakang. Janji dapat buat dan hantar.Puas hati.

Hari ni adalah bosan dan tension sikit, ada gangguan yang tak sepatutnya meresap masuk pemikiran, masa tengah buat assignment pagi tadi. Anyway the life must goes on. Tak nak dah fikir benda-benda yang boleh mencelarukan otak. Lagipun sem. ni, sem. terakhir. Hmmmm.... relax je lah. Yang penting misi penting aku kat semester ini untuk menamatkan pengajian di UiTM akan terlaksana dengan jayanya.

By the way, academic project aku pun dah lama siap. Cuma tunggu nak print je.Dan dengan rasa terkejutnya juga aku baru je perasan, tesis yang aku baru habis taipkan mampu pulak mencapai lebih daripada 100 muka surat. Aku ingatkan tesis aku tu macam tesis kengkawan aku yang lain, lebih kurang 60 lebih je muka surat. Anyway, berjaya jugak aku menyiapkan tesis ini seratus peratus, walupun banyak juga godaan yang mengganggu aku dari menyiapkan tesis tersebut. Aku pun bukannya target tinggi sangat untuk akademik projek ni. Cukuplah kalau boleh dapat B. Tak dapat B, lulus pun jadilah. Lagipun bak kata lecturer, ini cuma syarat untuk mendapatkan degree je. Tapi kalau dapat lebih dari tu, best jugak.


Walaupun tesis aku ni takde beza sangat dengan tesis kawan aku (yang aku pinjam tu), but at least dia dah banyak bantu aku menyiapkan tesis ni.Daripada langsung aku tak nampak macam tesis, akhirnya hensem giler macam tesis master plak.( lebih-lebihlah pulak aku ni,kang kalau orang suruh buat satu lagi tesis, mampuih aku).Tahniah untuk aku sendiri kerana berjaya menyiapkan tesis yang tak seberapa sangatnya ni( eelehh.. merendah dirilah pulak aku ni konon).Dan satu lagi, tengah aku ucapkan tahniah untuk diri aku sendiri ni, ada juga suara kat telinga aku ni pun ucapkan tahniah kat aku.time kasih banyak-banyak. Bertambah super giler lah pulak semangat aku nak menghabiskan pengajian aku ni.hehehe.

Rasanya sampai kat sini dulu catatan seorang aku,aku ni.See me soon....!

Catatan seorang aku!