Friday, September 5, 2008

Catatan Seorang Aku 6

Hari ni, 5 September 2008, takde ape aktiviti yang menarik berlaku, Cuma pergi kelas awal pagi je (kelas IC). Hari ni jugak aku mendapat berita buruk kedua untuk test aku. Aku fail juga untuk test pertama IC. Tensionnye bila melihat result test tak bagus. Bukan apa, kadang-kadang aku tak paham sangat dengan soalan yang pun tu bagi. Tak berapa lenient sangat bagi markah untuk jawapan aku yang banyak sikit karat kat otak ni.

Payah jugak kalau camni, kalau aku terus je gagal setiap test yang aku hadapi. Boleh menggagalkan rancangan aku untuk lepas dengan baik untuk semester 7 ni. Harap-harap lepas ni aku berjaya mengubah keadaan kedua-dua paper aku tu.Harap-harap lepas ni aku sekurang-kurangnya dapat lulus untuk test kedua dan ketiga, untuk kedua-dua paper IA dan IC.

Masa nak balik dari kelas pagi tadi, aku terjumpa Mr Rukis buat kali ke 3. Masa bcakap-cakap dengan Rukis tu baru aku tahu yang nombor tepon maxis die dah tak dapat pakai. Simkad problem,katanya. Jadi, die bagi no. Tepon celcom kat aku (buat sesapa kengkawan yang lain, maybe terbaca or saja-saja baca blog aku ni, kalau nak minta nombor Rukis baru, sila tepon aku, ok! Mana tau, korang rindu nak dengar suara Rukis.hehehe).

Balik rumah je terus aku termenung seketika, bila melihat result kedua-dua test aku fail, walaupun masih dalam keadaan gagal yang dapat diselamatkan (30 ke atas). Ada juga kengkawan aku yang lain mendapat kurang separuh daripada aku dapat (terutamanya markah untuk IA). Hari tu kami semua dapat ceramah motivasi free daripada Pn Halila. Nak tau kenapa? Apalagi, kalau bukan kerana result yang jauh teruk. Walaupun 6 orang yang skor atas 60.Tapi averagenye tetap kurang daripada separuh yang lulus.


Hari ni aku layan game tembak-tembak je kat laptop.Lepas layan game, aku terus melelapkan mata sekejap (sekejap apa, sampai 3 jam). Malam ni pasti lewat sikit tidur, sebab siang hari dah tidur. Ohya! Esok je tinggal lagi panggilan percuma untuk celcom aku. Rasanya esok takde ape-ape nak buat. Study je rasanya.

Rasanya jugak, sampai sini dulu CSA, buat hari ni. C U Soon!

2 comments:

Rosnizar Zakaria said...

Jgn tension sngt...dulu mrkh test akak utk IC pun x ok jg...tp final leh score jg...

...i am reezes... said...

thanx a lot kak!