Sunday, August 31, 2008

Bicara Pertama

Entahlah. Aku sendiri pun tak tau apa sebenarnya bermain-main dalam kotak fikiran aku sebenarnya, sehingga akhirnya aku akur juga untuk membina blog sebenar tentang catatan harian aku sebagai seorang hamba Tuhan di atas muka bumi ini. Ini pun sebenarnya blog keenam yang aku hasilkan.

Tapi rasanya, blog ini adalah lain daripada blog-blog yang sebelum ini aku hasilkan. Blog ini akan mencatatkan perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar UiTM(permulaan blog ini ditulis) sehinggalah aku kembali menjadi seorang guru semula di sekolah (mesti lepas ni jarang sikit tambah isi-isi untuk blog aku ni).

Apapun sebenarnya blog aku ini dibuat sempena hari lahir ku yang aku sendiri pun tak pasti, berapa ramai yang menyambutnya untuk ku! Rasa bangga pun ada, sedih pun ada juga.(tak ramai yang bagi ucapan selamat harijadi kat aku). Aku pun dah lama benar tak menyambut harijadi ku seperti mana orang lain menyambut hari jadi mereka dengan kek dan lilin.

Yang pasti, akhir tahun ini adalah suatu perjalanan baru bagi aku yang sekarang masih bergelumang dengan buku dan nota kat dewan kuliah. Aku sememangnya mengharapkan aku akan berjaya melepasi halangan terakhir di UiTM, di semester 7 (semester tambahan), dengan jayanya, tanpa sebarang aral melintang di hadapanku.

Sebenarnya aku tak dapat menyembunyikan perasaanku apabila melihat waktu semakin dekat untuk ku menamatkan pengajianku (harap-harap final lepas dengan baiknya) di UiTM, dan mengikut jejak langkah kawan-kawan sepengajianku yang ramai telah kembali ke sekolah.

Aku lebih suka berhadapan semula dengan bahan mengajar dan budak-budak sekolah berbanding nota-nota yang aku sendiri pun tak paham apa isi kandungan sebenarnya. Payah untuk diterangkan, walapun terpaksa juga berhadapan dengannya.

Tapi rasanya (bukan rasa lagi rasanya nih!), aku pasti akan merindu detik-detik luarbiasa dengan buku dan nota yang aku alami sekarang, jika aku sudah kembali menjejakkan kaki ke sekolah.

Entahlah! Aku sendiri pun tak tau apa yang aku luahkan sebenarnya! Banyak sangat kot benda yang berserabut dalam otak akal minda ku ini!