Thursday, September 4, 2008

Catatan Seorang Aku 5

Hari ni aku ada kuliah awal sikit, pkl 10.30 kat blok A . Kelas IA. Hari jugak aku dan geng-geng lain kat kelas dapat kertas untuk test pertama hari tu. Teruk je result yang aku dapat. Ingatkan dapatlah lebih 40 ke 50 ke untuk test yang pertama ni,tapi yang aku dapat lebih sikit je daripada 30. Macam test physical chem’s pertama aku sem dulu je result.Harap-harap lepas ni aku dapat lebih drp 50 pulak untuk test 2, tak lama lagi.Kena kerja superhard lepas ni.Taknak dah tertinggal sangat.

Lepas abis kelas, aku terus je hantar academic project (Apro)yang aku dah siap print tu kat dr sharifah.Malas dah nak tunggu lama-lama.Kang tak hantar pulak nanti. Lepas hantar Apro tu, aku terus pergi ke bilik Pn Norjanah, hantar assignment kedua IC. Bukan ape, malas nak hantar esok. Sementara ingat tu, lebih baik hantar terus. Tak memeningkan kepala untuk mengingatkan benda yang dah siap tu.

Abis je hantar, aku terus cau cincau, tapi taklah terus balik rumah. Aku terus merempit ke giant, untuk parking motor aku. Sebenarnya misi untuk ke summit, nak beli katrij printer baru.Katrij lama dah tak oke je rasanya.Asyik hilang je kaler, walaupun lepas refill banyak-banyak.Lepas beli katrij n refill kaler hitam yang baru, aku terus je balik semula kat giant, nak shopping sikit. Adaler beli barang-barang keperluan yang sangat perlu spt katrij shieldltox (nah halau nyamuklah ni). Yang paling tak bestnyer, abis je aku shopping, tetiba je hujan lebat turun.Naye aku.Terpaksa rehat skejap kat giant,sambil mengira-ngira titik hujan yang turun, bersama-sama dengan beberapa orang insan yang turut sama senasib dengan aku.

Bila hujan kurang sikit turunnya, aku terus je ambil motor dan merempit nak balik pulak, dan tak best nyer, tengah-tengah perjalanan balik tu, hujan tetiber je menembak-nembak kejam kat badan aku. Sakit woooo...tajam macam duri.Jadi aku terpaksalah slow giler (50 km/h jer).Satu badan habis basah kuyup. Sampai je kat umah, terus aku mandi.Selepas beberapa ketika,aku layan pulak membaca huruf Z yang banyak-banyak tu! Huh, enaknya di musim hujan!
Aktiviti belah malam plak, mengisi borang posting untuk dihantar kat En. Malik, untuk dihantar kat Putrajaya ler tu. Tarikh pun dah dekat.Sebelum bulan 10 kena hantar, kalau tak, tak posting ler jawabnyer!. Harap-harap tempat yang aku minta, aku dapat.

Matapun dah ngantuk banget nih! So, sampai kat sini dulu catatan seorang aku dalam episod basah kuyup! Gotcha!

No comments: