Wednesday, September 24, 2008

Catatan Seorang Aku Dreizehn

Isnin (22.09.08)
Aktiviti aku pada hari ni, seperti biasa berenang diatas tilam dari malam semalam sehingga pkl 9.30 pagi. Uihhhhhh! Seronoknye.Tak terhingga rasanya dapat tidur sehingga matahari hampir dah tegak di atas kepala.

Selepas mandi dan sarapan sekejap, aku mula kan dengan perasmian pembukaan laptop aku buat hari ini (hehe biasalah). Bukan apa, aku ni mesti nak baca suratkhabar (online or ofline) setiap hari. Dah tabiatlah katakan.

Bila jam dah menunjukkan pkl 10.30 pagi, aku mulakan langkah aku untuk study IA, untuk test 2 pada keesokan harinya. Hari ni aku nekad nak berkurung sehingga malam (tapi ada jugak keluar-keluar bilik, sekejap-sekejap tu..nak rehatkan sekejap otak).

Hari ini, aku habis study pada pukul 8.40 malam. Huih jenuh jugak dibuatnya untuk menghafal dan memahami semua benda-benda penting untuk test 2 IA esok.

Malam ini jugak, aku tdur lewat sikit.Bukannya stuy lagi, tapi saja nak rehatkan otak selepas sehari suntuk menyedut maklumat ke dalam otak. Sempat jugak aku kacau Ida yang tengah study untuk Test Double Trouble keesokannya juga (2 test lah maksudnya, Analytic dan genetic). Harap-harap, sama-samalah dapat jawab esok ye tak!

At last, aku tidur pada pukul 12.30 malam. ZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!

Selasa (23.09.08)
Hari ni, aku bangun awal sikit daripada biasa.Nak mengulangkaji buat kali terakhir sebelum test 2 bermula pada waktu petang.

Yang bestnya, aku start pkl 9.00 pagi dan habis pada pukul 12.00 tengahari. Bukannya baca sepenuhnya pun, cuma baca sikit-sikit je, mana-mana yang rasanya akan keluar pada keesokannya.
Seterusnya, aku pergi awal untuk ke kelas, lebih kurang pada pukul 1.10 tengahari. Yang tak bestnya lagi, hari tu Dr Halila cakap, test mula pada pukul 1.50 (dia kata tukar daripada pkl 1.30), tapi sebaik saja aku datang kat sana, kira-kira pukul 1.45, test dah lama dah mula. Bencinya aku dengan keadaan macam ni. Terganggu sedikit tumpuan aku pada hari ni. Sehinggakan term yang senang pun dah mula lupa macam Releasing agent, Protective agent. Dan yang paling tak best lagi ,FTIR insrtument dan AAS instrument aku boleh tertukar (aku check bila bsampai semula kat rumah). Huaaaaaaaa.

Macam mana Dr Halila boleh mula awal. Kawan lain pun tak cakap tentang pertukaran tu. Terjejas sedikit target aku untuk dapat markah lebih daripada 50 %. Boleh ke aku dapat lulus kali ni, kalau persediaan aku telah terganggu dengan perubahan masa yang mengejutkan. Aku bukannya boleh menyerap gangguan sebaik orang.Cepat sangat kusut dalam fikiran. Tapi hari ni, aku cuba jugak menjawab apa yang berjaya singgah kat otak aku.

Haiiiiiii kecewanya aku dengan keadaan yang langsung tidak menyebelahi aku pada hari ni. Berserah je lah dengan keadaan. Kalau dapat lulus, kira bonuslah untuk aku. Tapi kalau gagal lagi, terpaksalah mentriplekaligandakan usaha aku untuk test 3 nanti.

Petang tu, aku relax je dalam bilik...Sambil-sambil relax tu, sempat jugak menidurkan diri sampai pkl 6.30 petang.

Malamnya pulak, aku tengok citer tv, Ku Milikmu (saja nak tengok, bukannya suka pun tengok citer teruk macam tu!).Lepas habis citer, aku ikut kawan aku keluar rumah, untuk menyedut udara malam yang tak terjamin bersihnya lagi kat Subang Jaya ni. Bedal je lah!

Balik je dari berjalan-jalan aku terus je masuk bilik n layan radio sekejap. Baeh yen tudui (bahasa Melanau lah).

Rabu (24.09.08)
Pada hari ni, aku bangun lewat lagi. Biasalah dah habis test IA, aku bantailah bangun lewat sikit. Menikmati ketiduran yang panjang.Hehehehe.

Aktiviti aku pada hari ni, langsung tak best, asyik keluar masuk bilik je. Tak tau apa nak buat. Last-last, lepas tengok berita pkl 1.00 tgh kat rtm1 dan tv3, aku terus je masuk bilik.Tidur lagi (asyik tidurlah budak ni!)

Bangun je dari tur, lebih kurang pada pukul 5.30 ptg, aku cua jugak membaca nota IA. Ok jugak prestasi hari ni, lepas jugak 4 mukasurat nota yang aku buat sendiri. Pas baca nota, aku layan lagu-lagu karaoke kat laptop. Takdeah nyanyi macam orang. Aku nyanyi tak pakai mikroon pun. Hehehe.

Bila jam dah menunjukkan pkl 6.30 petang, aku terus je menyejukkan diri aku kat bilik mandi (mandilah tu!).Lepas balik dari mand, aku layan internet balik. Adelah benda aku tengok (bukannya yang tak senonoh pun ). Cuma check emel je! Lagipun gaji dah masuk semalam dah!

Hari ni aku rancang nak tidur awal sikit. Esok ada kelas pada pkl 10.30. Tapi biasanya pada hari khamis aku akan bangun lewat jugak. Kira-kira pada pkl 9.00 pg. Hehe.

Opsssss baru aku ingat, esok merupakan hari terakhir kuliah uitm sebelum cuti raya hehe. Aku pun cuti jugak. Tapi masa cuti tu terpaksa jugak study, terutamanya study untuk IC plak.

Rasanya sampai sini dulu Catatan Seorang Aku untuk Edisi Dah Nak Cuti Dah.Adious!

No comments: