Wednesday, September 17, 2008

Catatan Seorang Aku Eleven

Isnin (15.09.08)
Pada hari ni, takde aktviti sangat yang boleh aku lakukan. Biasalah cuti hujung minggu aku kan dah jadi 3 hari sejak mula semster 7 lagi.Hehehe.

Biasanya pada hari Isnin aku akan bangun lewat sikit (kalau dah malam hari Ahad tidur lewat, tak kan dapat bangun awal pagi, ye tak?).Pada hari ni bolehlah sikit-sikit aku memalaskan diri aku kat atas tilam yang dah lama hilang empuknya (Cuma spring je yang masih kuat).

Lepas bangun tidur dan mandi, seperti biasa aku akan mula dengan aktiviti kebiasaan aku.Main game kat laptop. (kalau lah satu hari aku tak buka laptop, macam mana ek? Mesti tensen giler). Bila jam dah sampai pukul 1.00 tgh plak, aku akan pergi kat ruang tamu, layan berita RTM 1.Sambil-sambil tu suap-suapkan lah makanan (biasanya mee je) kat dalam mulut. Yelah... aku bukannya puasa pun. Nama aku je macam orang Islam, tapi hakikatnya tak.Tapi kalau pada hari ada kuliah, biasanya aku tak makan tgh. Hormat kat kengkawan aku (mana tau aku tetiba je sendawa, tak ke naya nanti).Habis je berita RTM 1, aku terus je tukar channel ke TV3 plak, tengok berita sukan kat TV3.

Bila jam dah menunjukkan pkl 2.00 petang, dan berita dah abis semuanya, aku biasanya memaksa diri aku untuk study. Pada hari ini (Isnin), aku study IA. Saje je nak habiskan topik untuk Test 2 minggu depan.Kadang-kadang timbul jugak perasaan boring and tensen, tapi demi result yang lebih baik untuk Test 2, aku paksa dan tenangkan diri aku.

Pada belah malam pulak, aku takde aktiviti yang menarik, Cuma cuba baca sikit-sikit nota IA. Bila mata dah ajak tidur, aku pu pergilah tidur.Hehehe...

Selasa (16.09.08)
Hari ni plak aku ada kuliah kat blok B, UiTM kampus induk. Hari ni aku bangun awal sikit. Bukan apa, jadual study aku hari ni ialah study IC. Baru start study untuk IC tu, sedangkan test minggu depan. Nasib baik topik kali ni tak banyak mana, bolehlah abiskan dalam 3 kali study.

Bila jam dah menunjukkan pukul 1.30 tgh, aku terus je berlepas dengan pesawat hitamku, menuju ke UiTM, untuk masuk kuliah IA (Dr.Halila). Kebanyakan apa yang diajar oleh Dr Halila hari ni, aku dah study dah, cuma ada sedikit topik yang belum aku study. Tapi anyway i can follow her very well.Hmmmm..

Lepas abis je kuliah IA, aku terus je pergi ke pejabat UPENA, nak ambik tesis aku dari Dr Sharipah. Sesampainya aku kat sana, aku ingatkan tesis aku tu dah diberi markah, rupanya berita buruk untuk aku hari tu. Dr Sharipah suruh aku edit balik tesis aku, banyak sangat kesilapan bahasa kot, selain kesalahan-kesalahan lain. Aku pun bingung jugak. Aku bukannya pandai sangat bab-bab pembetulan terutamanya dalam bahasa inggeris. SPM aku pun dapat cermin mata. Aku buntu selama beberapa minit.

Lepas dapat tesis tu, aku terus je memecut menuju ke UiTM Intec (Seksyen 17), saja nak lapangkan diri. Sementara-sementara tu, cuba menenangkan diri dengan bersms dengan Ida.Bagitau tentang masalah yang aku hadapi. Kalau tak buat camtu. Tensen giler aku. Akhirnya dapat jugak aku keputusan yang seketika boleh menenangkan diri aku.

Aku cuba mendapatkan bantuan daripada kawan sekuliah aku dulu (budak Juniour, Siti namanya. Nama penuh aku tak tau, walaupun aku selalu kacau dia dulu semasa dalam kelas).Selepas meminta kebenaran untuk telefon die, aku terus je telefon Siti. Nasib baik masa tu dia baru bangun dari tidur (jadi taklah aku dianggap mengacau tidur orang).Selepas beberapa minit bercakap akhir Siti berjanji nak tolong aku.Aku pula, taklah minta tolong macam tu je kat die. Adalahh...tips die.Hehehe.

Selepas selesai bab tesis tu, aku terus je pergi UiTM induk balik (bila jam dah menunjukkan pkl 4.10) untuk pergi kuliah IC pulak. Satu lagi malangnya nasib aku hari ini, diorang tak bagitau aku yang kelas IC hari ni dibatalkan. Ni yang aku malas sangat dengan Leader kami tu. Langsung tak bagitau,sedangkan sebelum kelas IC, masa kelas IA kami memang sekelas pun. Sakit hati betul. Bertimpa-timpa malang aku hari ni.Nasib baik ada kengkawan lain yang bagitau, kalau tak berbulu aku tunggu kat luar kelas.

Lepas tu aku terus je caucincau ke rumah kat USJ. Sampai je kat umah, aku terus cuci muka kat dalam bilik air. Lepas tidur tenangkan diri kat dalam bilik. Layan tidur untuk 2 jam.

Bangun je dari tidur, aku terus pergi mandi (sebab jam dah menunjukkan pkl 7.00 ptg).Waktu malam pulak, aku takde mood sangat nak study IC. Tapi aku teruskan jugak sikit-sikit.Bila mata dah mula ngantuk, aku terus tidur, sambil bertemankan radio telefon yang masih berbunyi.

Rabu (17.09.08)
Pada hari ni, seprti hari Isnin, aku bangun lewat lagi, kira-kira pukul 9.30 camtu.Hehehe.
Bangun je dari tidur, aku terus je pergi mandi dan semuanya yang perlu dilakukan dalam bilik mandi.

Lepas balik dari mandi, aku terus je onkan laptop aku.Biasalah aku ni bukannya boleh sehari tak buka laptop, gelisah giler. Pada pagi ni, aku buka internet, nak tengok result Champion League pagi tadi, di samping nak tengok markah Football Fantasy aku untuk Champion League.Hehehe.Best jugak markah aku, walaupun masih kat rank 9000 lebih.Sikit-sikit naik lagilah tu.Aku kan manager yang hebat, sehebat Ferguson.Hehehe(Perahsantan lah pulak!)

Lepas abis layar internet, aku bka plak blog baru (banyaknya blog!), tapi kali ni khas untuk memenuhi minat aku kat bidang sukan bolasepak.Sekejap je buat. Lepas tu aku sambung pulak main game kat laptop sampai pengsan.Hehehe.

Bila jam dah menunjukkan pkl 1.40 tgh, aku sambung plak study IC aku.Hari ni, study IC aku dah hampir habis.Tapi nak tinggalkan untuk esok sikit. Lepas tu ulang study.Aku abis study IC pada pkl 4.30 ptg.

Habis je study, aku tak tau apa nak buat, jadi aku main game Alien Shooter 1 kat laptop (Survival).Aku main sampailah jam menunjukkan yang aku perlu pergi mandi.Adalah beberapa jam dan minit aku main.

Pada waktu malam pulak, aku rancang nak study IA.Habiskan topik untuk Test 2 minggu depan. Harap-harap berjaya study dan mengingat semua yang dah dibaca, sebelum diulang study.

Habis study malam ni, aku nak main game sikit (Alien Shooter 1 lah tu!).Lepas tu aku tidur. Ok, demikian dulu Hikayat Seorang Aku untuk kali ini, untuk Edisi Malangnya Aku.Adious!

No comments: