Thursday, February 19, 2009

Catatan Seorang Aku Guru SMKL 1


Selamat bertemu lagi!
Aku minta maaf banyak-banyak buat kengkawan sepengajian UiTM kerana lama sangat dah tak hantar berita terbaru aku.Maklum sajalah, terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang luar biasa banyaknya.Kadang-kadang terfikir jugak, alangkah baiknya andai masih mengajar di sekolah rendah, alaupun gaji tak tinggi sangat, tapi hati tenang dan bebudak pun tak banyak sangat karenah!

Aku mengajar kat salah sebuah sekolah menengah baru di kawasan bandar Sibu. SMK Lanang namanya.Jumlah pelajar lebih kurang 1700 orang pelajar dan guru pula lebih kurang 100 orang (tak tau sangat jumlah guru sebenar, sebab 2 sesi).

Aku sebenarnya jadi guru tingkatan untuk Tingkatan 1C, kelas pandai jugak, terutamanya untuk golongan Bumiputera.Aku ngajar mp Sains, PM,PSV,dan PJK. Seronok sangat ngajar Sains, kerana aku tak perlu sangat ngajar Kimia.Tak taulah mengapa aku suka sangat ngajar Sains daripada ngajar Major utama aku (Kimia). Yang tak bestnya, aku takde peluang nak ngajar Maths walaupun hati aku lebih mendalam untuk Maths.Takpelah, mungkin tahun depan dapat kot, sekurang-kurangnya 1 kelas pun cukuplah.

Masa aku menulis post pertama untuk Tahun 2009 ni, aku sebenarnya tengah menunggu keselesaan dan kesediaan yang maksimum untuk membuat kerja-kerja untuk hari ni (Jumaat-20.02.2009).

Esok pulak ada sekolah gantian bagi sekolah aku.Yang tak bestnye, terpaksa pergi sesi pagi. Aku tak taulah, semenjak Pengetua bertukar baru-baru ni, setiap kali sekolah gantian, mesti pergi sesi pagi. Mungkin dia tengah test untuk menukar semula sekolah tu kembali ke satu sesi kot! Tak taulah. Yang aku tau, walau apa pun sesi, aku tetap pergi untuk mengajar setiap hari sekolah,. Lagipun siapalah aku nak melawan polisi orang atas.Betul tak?

Anyway, sampai takat ni dulu bicara pertama aku untuk sesi 2009 ni.Jumpa lagi!

6 comments:

Rosnizar Zakaria said...

Finally akak dpt jugak bc entri terbaru ayris!!! Ramainya stdnt!! 4 Mac ni akak intv...wish me luck!

...i am reezes... said...

semoga akak n geng2 yang lain jugak berjaya dalam interview tu nanti.sy belum dpt lagi...hehe...belum konvolah katakan!

Rosnizar Zakaria said...

Fuhh...lega! Akak dh lepas intv dh.. Thanx 4 d support.

...i am reezes... said...

hahaha...akak mesti belanja tau, kalau dah lulus nanti.hehe

Rosnizar Zakaria said...

No prob! Bila konvo? Tau tarikh nant gtau tau!

...i am reezes... said...

ok bozzz! gerenti beres!