Thursday, June 4, 2009

Konvokesyen ke- 70 UiTM: Penyudah yang sempurna bagi seorang aku

Salam sejahtera dan selamat bertemu lagi di ruangan Catatan Seorang Aku buat semua kengkawan yang dah lama sangat nak menatap lembaran baru yang aku kirimkan.

Sory sesangat, sebab terlalu lama tak hantar berita terbaru tentang aku.Sibuk sangat! Bukan apa kengkawan sekalian.Sejak masuk Sekolah kembali ni,sibuknya tak terkiralah sangat...asyik kerja je...sampaikan berat aku dah berkuang sehingga 11 kg ( berbanding berat baru masuk ke sekolah 75 kg...kengkawan kiralah sendiri berapa berat aku sekarang).

Sebenarnya Bahagian Konvo ke-70 UiTM ni adalah perjalanan perasaan aku sehingga habisnya majlis konvokesyen ke-70 tu pada 3hb Jun 2009.

Pada bahagian pertama ni, aku nak ceritakan serba sedikit perasaan bercampur baur aku sebelum pergi ke semenanjung semula.Bukan kerana sebab apa, tapi kerana pada masa sekarang aku masih menerima setengah bulan gaji.punyalah seksanya...dahlah terima sedikit, bayar kereta dan sewa rumah pun dah cukup untuk untuk menghabiskan 99% gaji tu...Seksa! Seksa!

Namun, kerana merasakan konvo ini adalah yang pertama bagi keluarga Nairi (bapa aku), aku terpaksa juga dengan berat hati meminjam wang (dari sumber yang betul dan tidak ber ah long), untuk membeli tiket ulang-alik ke semenanjung dan juga belanja di sana nanti.At least dapat juga ibu dan bapa aku pergi ke semenanjung Malaysia buat kali yang pertama dalam hidup.

At last berjaya juga aku membeli tiket "Yang Pasti", untuk pergi berkonvokesyen di UiTM Shah Alam.....hmmmm rasanya sampai kat sini dulu....tapi sebelum itu aku paparkan dulu sekeping dua gambar pra-konvo untuk santapan mata kengkawan (bukan gambar konvo lagi tau!

Jangan marah ye...tunggu sambungan "Konvokesyen ke-70 UiTM"...pada siri yang kedua: Macam Tak Percaya.(Tak banyak sirilah, sedikit je...hehehe).

Jom tengok gambar plak:....

G 2 : Posing di ruang tamu, di rumah kawan bersama ibu dan ayah...hehe

G3 : Diorang ni (abang, mak dan ayah) pun boleh posing maut kat depan Sri Pentas....masa ni aku dan Razi masih kat UiTM.Ambik jubah.Rugi plak rasanya tak dapat pergi sama-sama.

G4: Parent aku buat posing bersahaja namun dengan hati yang gembira kerana akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di Putrajaya.Sebelum ni cuma tengok kat tv dan dengar je! Tertunai jugak harapan mereka akhirnya!

G5 : Posing berkeluarga...cuma sayang sikit detik ni cuma kami berempat je hadir posing depan Pejabat PM...

Ok, sekian dulu...tapi ingat tau...wait until the next episode of Konvokesyen ke-70 UiTM.Adious!

1 comment:

Rosnizar Zakaria said...

Congrats Ayris!!!! Kejap jer dpt jumpa aritu ek...tp x pe... nxt time kita wat gathering k...