Friday, November 7, 2008

Catatan Seorang Aku Yang Dah nak Mula Confident Nih

Entahlah!
Hari ni aku rasa excited sangat nak meluahkan segala kegembiraan yang terbuku di hati aku hari ni!

First paper aku(Industrial Chemistry). macam tak percaya je berhadapan dengan soalan yang telah aku buat sebelum test( previous paper).Kali pertama aku buka kertas tu, macam tak percaya je tengok soalan tu! Yang mengejutkan lagi, Pn Norjanah mengeluarkan semula soalan Sem lepas (April 2008).Nasib baik aku ada buat.

Dan oleh kerana terlalu excited, ada juga fakta yang aku terlupa...geram betul! Anyway, dapat juga jawab 5 soalan pada tahap memuaskan hati aku. Lebih mengejutkan, aku cuma menggunakan kurang 2 jam je menjawab soalan2 tu! (Bukan riak, tapi terlalu terkejut sehingga keluar dari dewan ujian pun tangan aku masih menggeletar).

Aku harap, paper terakhir aku pada 15 hb ni, Instrumental Analysis, pun akan berjaya aku selesaikan dengan baik. Lepas test IC tadi pun aku terus jumpa Dr Halila, untuk minta tips jawab soalan. Dr Halila cakap pun, test 2 aku lebih baik dari Test Pertama.Aku harap Test 3 pun begitu. Aku mengharap sangat dengan Carry Mark sekarang.

Tapi untuk Final Paper, 15 hb ni, aku target dapat jawab 60 % soalan yang diberikan (Aku pun tak tau berapa Carry Mark aku,cuma aku lebel kan kat 20/50 je. Aku harap misi aku kali ini akan berjaya,kerana kali ini aku rasa lebih bersedia berbanding kali pertama ambik paper ni dulu(Dulu tak dapat ulangkaji,Sakit Imbalance kat kepala).

Seterusnya, untuk Apro (Academic Project), tugas aku makin mudah, sebab sedikit sahaja kena perbetulkan. Tak rugi rasanya keluar RM2++ upah budak TESL (Perempuan) perbetulkan grammar dan ayat2 aku tu (Apro aku lebih daripada 110 m/s..termasuk Appendix).Walau pun budak tu tengah sibuk juga untuk Final, tapi dia nak juga buat untuk aku. Aku doakan agar dia berjaya dalam Final nanti,Aku harap aku pun macam tu jugak!

Sebenarnya hari ni aku rehat dulu dari study untuk IA,untuk 15 hb ni.Bukan ape, aku nak recover dulu damage yang aku buat masa hafal IC.Aku nak susun semula fail dalam otak (Defragment neuron dalam otak lah nih!).Mula esok, aku nak nota IA je dalam otak aku,tak nak kacau dah dengan perkara2 lain yang mengarut.

Untuk semua kengkawan PKPG UiTM 2005-2008, aku takkan lupa kalian semua. Kerana banyak sangat kenangan yang kita semua lalui bersama..

...You All Are Always In My Heart...!
Untuk memudahkan connection kita semua...apa kata anda semua (yang sempat masuk blog aku ni), buat blog korang. Nanti senanglah aku masuk dan comment blog korang.Jadi taklah lari sangat link antara kita semua!

Amacam? Best tak Idea aku..Kak Ros dan Azril dah ade, tinggal geng lain je lagi!..Macam mana cadangan aku?

Oklah, takat ni dulu pembloggan (jangan cari dalam Kamus Dewan,sah takde punya perkataan ni) aku untuk hari ni.Ok.Adious!


....We Are The Champion My Friend...We Keep On Fighting...'Till The End...We Are The Champion...We Are The Champion...Of The World!...

1 comment:

Rosnizar Zakaria said...

Jgn x tau, mie dh ada blog!