Sunday, May 12, 2013

Aku Datang Lagi 2013

Selamat Malam...

Rasanya dah begitu lama aku tak melawat rumah lama aku ni.Hmmm...tapi tetiber jer rasa nak singgah bila secara tak sengaja melintas depan rumah lama aku ni.

Gatal pulak nak bersihkan laman rumah tunggang langgang dikelilingi daun-daun mati yang gugur dan juga juluran rumput yang meninggi...

Duabelas haribulan lima duaributigabelas....Hari yang begitu besar untuk insan mulia yang bernama IBU...Teristimewa untuk Ibuku yang tersayang Puan Orsence Jainah Binti Jemali.
Aku hadiahkan sejambak sajak yang tak seberapa indahnya kerana dah begitu lama tak menggoncang otak untuk menganyam ayat-ayat puitis di lautan puisi...Sajak ini dihasilkan ikhlas dari hati...

Ibu...
...Tiada apa yang mampu
...Menidakkan jasamu membentuk kami
...Tiada siapapun mampu
...Menafikan sayangmu kepada kami
Walau sering dirimu dipanah penderitaan
Dalam memenuhi setiap permintaan kami

Ibu...
...Kubu Kesabaranmu begitu teguh
...Untuk diruntuhkan oleh gelombang dugaan
...Untuk dihancurkan oleh gegaran cubaan
...Dalam mencari ruang mencurah kasih
Buat kami anak-anakmu
Yang kadangkala terlupa seksanya dirimu
Dalam meniti setiap tanggungjawabmu

Ibu...
...Maafkan kami andai ada tingkah kami
...Melarikkan luka di hati kecilmu
...Mencarik hiba di benak sucimu
Kami berjanji...
Di setiap detik hari tuamu
Tak kan kami lalaikan
Tanggungjawab dalam menjagamu
Walau tak setara dengan jasamu

Ibu...
Di hari yang indah ini
Di hari yang penuh bermakna buatmu
...Dari lubuk hati kami yang dalam
Kami ucapkan...
...Kami Sayang Ibu Untuk Selama-Lamanya....

....Sajak ini juga buat semua ibu-ibu diseluruh dunia, terutama sekali di Malaysia...terutama juga buat rakan Geng Motor Besar yang dah menjadi ibu ( Puan Nency Cham @ https://www.facebook.com/chegu.charm ...Selamat Hari Ibu....Senyum-Senyum Selalu

...sekian dulu coretan untuk kali ini...jumpa lagi di dalam coretan mendatang....akuayris @ https://www.facebook.com/reezessreeze

Thursday, June 4, 2009

Konvokesyen ke- 70 UiTM: Penyudah yang sempurna bagi seorang aku

Salam sejahtera dan selamat bertemu lagi di ruangan Catatan Seorang Aku buat semua kengkawan yang dah lama sangat nak menatap lembaran baru yang aku kirimkan.

Sory sesangat, sebab terlalu lama tak hantar berita terbaru tentang aku.Sibuk sangat! Bukan apa kengkawan sekalian.Sejak masuk Sekolah kembali ni,sibuknya tak terkiralah sangat...asyik kerja je...sampaikan berat aku dah berkuang sehingga 11 kg ( berbanding berat baru masuk ke sekolah 75 kg...kengkawan kiralah sendiri berapa berat aku sekarang).

Sebenarnya Bahagian Konvo ke-70 UiTM ni adalah perjalanan perasaan aku sehingga habisnya majlis konvokesyen ke-70 tu pada 3hb Jun 2009.

Pada bahagian pertama ni, aku nak ceritakan serba sedikit perasaan bercampur baur aku sebelum pergi ke semenanjung semula.Bukan kerana sebab apa, tapi kerana pada masa sekarang aku masih menerima setengah bulan gaji.punyalah seksanya...dahlah terima sedikit, bayar kereta dan sewa rumah pun dah cukup untuk untuk menghabiskan 99% gaji tu...Seksa! Seksa!

Namun, kerana merasakan konvo ini adalah yang pertama bagi keluarga Nairi (bapa aku), aku terpaksa juga dengan berat hati meminjam wang (dari sumber yang betul dan tidak ber ah long), untuk membeli tiket ulang-alik ke semenanjung dan juga belanja di sana nanti.At least dapat juga ibu dan bapa aku pergi ke semenanjung Malaysia buat kali yang pertama dalam hidup.

At last berjaya juga aku membeli tiket "Yang Pasti", untuk pergi berkonvokesyen di UiTM Shah Alam.....hmmmm rasanya sampai kat sini dulu....tapi sebelum itu aku paparkan dulu sekeping dua gambar pra-konvo untuk santapan mata kengkawan (bukan gambar konvo lagi tau!

Jangan marah ye...tunggu sambungan "Konvokesyen ke-70 UiTM"...pada siri yang kedua: Macam Tak Percaya.(Tak banyak sirilah, sedikit je...hehehe).

Jom tengok gambar plak:....

G 2 : Posing di ruang tamu, di rumah kawan bersama ibu dan ayah...hehe

G3 : Diorang ni (abang, mak dan ayah) pun boleh posing maut kat depan Sri Pentas....masa ni aku dan Razi masih kat UiTM.Ambik jubah.Rugi plak rasanya tak dapat pergi sama-sama.

G4: Parent aku buat posing bersahaja namun dengan hati yang gembira kerana akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di Putrajaya.Sebelum ni cuma tengok kat tv dan dengar je! Tertunai jugak harapan mereka akhirnya!

G5 : Posing berkeluarga...cuma sayang sikit detik ni cuma kami berempat je hadir posing depan Pejabat PM...

Ok, sekian dulu...tapi ingat tau...wait until the next episode of Konvokesyen ke-70 UiTM.Adious!

Thursday, February 19, 2009

Catatan Seorang Aku Guru SMKL 1


Selamat bertemu lagi!
Aku minta maaf banyak-banyak buat kengkawan sepengajian UiTM kerana lama sangat dah tak hantar berita terbaru aku.Maklum sajalah, terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang luar biasa banyaknya.Kadang-kadang terfikir jugak, alangkah baiknya andai masih mengajar di sekolah rendah, alaupun gaji tak tinggi sangat, tapi hati tenang dan bebudak pun tak banyak sangat karenah!

Aku mengajar kat salah sebuah sekolah menengah baru di kawasan bandar Sibu. SMK Lanang namanya.Jumlah pelajar lebih kurang 1700 orang pelajar dan guru pula lebih kurang 100 orang (tak tau sangat jumlah guru sebenar, sebab 2 sesi).

Aku sebenarnya jadi guru tingkatan untuk Tingkatan 1C, kelas pandai jugak, terutamanya untuk golongan Bumiputera.Aku ngajar mp Sains, PM,PSV,dan PJK. Seronok sangat ngajar Sains, kerana aku tak perlu sangat ngajar Kimia.Tak taulah mengapa aku suka sangat ngajar Sains daripada ngajar Major utama aku (Kimia). Yang tak bestnya, aku takde peluang nak ngajar Maths walaupun hati aku lebih mendalam untuk Maths.Takpelah, mungkin tahun depan dapat kot, sekurang-kurangnya 1 kelas pun cukuplah.

Masa aku menulis post pertama untuk Tahun 2009 ni, aku sebenarnya tengah menunggu keselesaan dan kesediaan yang maksimum untuk membuat kerja-kerja untuk hari ni (Jumaat-20.02.2009).

Esok pulak ada sekolah gantian bagi sekolah aku.Yang tak bestnye, terpaksa pergi sesi pagi. Aku tak taulah, semenjak Pengetua bertukar baru-baru ni, setiap kali sekolah gantian, mesti pergi sesi pagi. Mungkin dia tengah test untuk menukar semula sekolah tu kembali ke satu sesi kot! Tak taulah. Yang aku tau, walau apa pun sesi, aku tetap pergi untuk mengajar setiap hari sekolah,. Lagipun siapalah aku nak melawan polisi orang atas.Betul tak?

Anyway, sampai takat ni dulu bicara pertama aku untuk sesi 2009 ni.Jumpa lagi!

Thursday, December 18, 2008

Catatan Seorang Aku Bekas Pelajar UiTm Shah Alam

Dari semalam hati aku dah berdebar-debar menunggu result. Hari ni, apalagi punyalah menggeletar menunggu result yang tengah loading.

Dan hari ini, aku berjaya juga melihat result yang mengembirakan aku, mak aku, bapa aku, adik-beradik aku dan juga kengkawan aku.Praise to The Lord!

Buat semua kengkawan yang pernah bersama-sama belajar di Maktab Perguruan kuala Terengganu Batu Rakit, Universiti Teknologi Mara-Shah Alam, terima kasih banyak-banyak buat semua, terutama buat kak ros, kak ijah,azril, razi,mazlida,norna,suhaimi, abang azam,rukis,siti salmiyah,sarbani,suhaila,kak zana,juliana,manaf,riduan, hadi, rizal,normala,sofian dan semua yang terlibat dalam pengajian.Sori kalau terlupa nama.Bukan ape,terlalu excited sangat ni.

Rasanya sampai takat ni dulu, nak meraikan kejayaan aku dulu dengan adik-beradik aku kat sini.
Ok, jumpa lagi di blog yang seterusnya.

Untuk yang nak tahu aktiviti aku, boleh layari social network yang aku buat untuk warga yang pandai berbahasa Melanau.

http://melanaunetwork.ning.com

Adios!